TERIMA KASIH NUR MUJAHIDAH


Bismillah...
Segunung Penghargaan buat Ukhti Nurmujahidah atas keprihatinannya terhadap PASTI dalam blognya. Sila baca artikel & komennya disini. http://nurmujahidah.blogstarz.my/?View=49132

RAYUANNYA...

"Saya dengan penuh pengharapan menyeru kepada semua pihak terutamanya badan-badan NGO (PAPISMA, PKPIM, JIM, ISMA dan sebagainya), Gerakan Mahasiswa Islam, Persatuan Mahasiswa Islam dan seluruh mahasiswa atau secara individu, agar turut membantu memberikan sumbangan dalam apa sahaja bentuk material"

"Bagi saya, biarpun sedikit atau lebih (lagi bagus) sumbangan kita, yang penting kita mahukan KEBERKATAN, KEIKHLASAN dan KEREDHAAN Nya bersama. Inilah masa depan adik-adik...anak-anak..cucu-cicit kita! Merekalah yang akan menyambung perjuangan kita demi mendaulahkan Islam di muka bumi"

SUARA HATINYA

"Untuk itu, saya bagi pihak mereka, ingin merayu sokongan dari semua untuk membantu kebajikan guru guru mahupun PASTI itu sendiri khususnya. Sempena sambutan hari guru yang telah lepas (16 Mei 2009), Marilah bersama kita buka minda dan menyedarkan diri yang terlena, betapa besarnya pengorbanan guru PASTI serta berbagai kesusahan terpaksa mereka hadapi dalam usaha membangunkan PASTI"


PENGALAMANNYA

"Saya masih ingat lagi, waktu rehat hanya makan biskut kering bersama air teh ataupun air kosong sahaja di alam PASTI. Malah tiada meja untuk kami belajar, hanya duduk bersimpuh atas lantai yang sejuk. Tercorek sana sini karpet hijau buruknya"


Semoga ukhti nurmujahidah dalam rahmatNYA sentiasa. Aamiin - e_where2006@yahoo.com