Memaparkan catatan dengan label PLPK. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PLPK. Papar semua catatan

KURSUS ASAS KEMBALI LAGI !!


Pusat Latihan PASTI (PLPK), Kg. Kedai Buluh (22 - 27 Jan 2009)

Alhamdulillah, dengan tujuan utamanya untuk meningkatkan pengetahuan, kemahiran mengurus, mengelola serta menjalankan aktiviti pendidikan awal kanak-kanak, maka kursus ini di anjurkan sekali lagi oleh Jabatan PASTI negeri dengan kerjasama Majlis Guru PASTI negeri.

Kursus asas ini amatlah penting kerana ianya mendedahkan kepada peserta tentang tindakan-tindakan yang perlu dilakukan bagi mengurus sesebuah PASTI baik dari aspek pendidikan, mahupun pentadbirannya. Ianya telah dihadiri seramai 86 orang peserta dari seluruh negeri. Hampir keseluruhan peserta kursus terdiri daripada para guru yang baru melibatkan diri dengan PASTI.

Berbagai slot dan bengkel telah diadakan, di kendaikan oleh barisan penceramah 'tersohor’ telah dijemput oleh urusetia bagi membentangkan kertas kerja masing-masing, termasuk Ust Wan Roslan, Ahli Lembaga Pengarah PASTI negeri dan Ust Azhar yang merupakan Pensyarah KIAS Nilam Puri, yang memukau peserta dengan slotnya apabila beliau menggunakan sepenuhnya komponen ICT.

Selama 5 hari, peserta telah didedahkan dengan pelbagai ilmu, teori, mahupun teknik yang terbaik supaya dapat diterjemahkan di PASTI masing2. Perasmian kursus ini telah disempurnakan oleh Pengarah PASTI negeri, YB Mohd Zaki Ibrahim. Sementara perasmian penutup oleh Sdra. Setiausaha PASTI negeri, Mohd Nuri Mat Yaacob yang turut menyampaikan sijil kepada peserta.

Wallahua'lam.




SEMINAR PENGAJARAN & PEMBELAJARAN



Seminar Pengajaran dan Pembelajaran telah diadakan pada 07 Feb 2008 yang lalu di Pusat Latihan PASTI, Kg. Kedai Buluh, Kota Bharu. Ianya telah di sertai oleh seramai 80 orang guru PASTI dari Zon I & II yang meliputi kawasan Kota Bharu, Peng Chepa, Kbg Kerian, Bachok, P Puteh & Ketereh.

Seminar tersebut bermula seawal jam 9.00 pagi dengan sesi yang dikendalikan sepenuhnya oleh Majlis Guru PASTI & Guru Pakar Negeri. Tujuan seminar berkenaan diadakan adalah untuk memberikan penyelarasan kaedah-kaedah pengajaran serta memahirkan semula agenda pengajaran di sekolah. Disamping itu juga, ianya sebagai galakan kearah memperkembangkan lagi pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.

Maklumbalas yang diterima daripada semua peserta adalah amat baik sekali. Program berkenaan juga diisi dengan slot Bengkel Agenda Harian sebelum berakhir dengan solat Zohor berjemaah & makan tengahari. Wallahu'alam

KURSUS PERSIJILAN 2006

23 - 28 November 2006, Pusat Latihan PASTI, Kedai Buluh, Jln PCB

Dengan bermotifkan untuk m
emberi pendedahan kemahiran P&P, bimbingan ilmu dan tatacara kepada guru-guru PASTI, maka Kursus Persijilan Guru PASTI telah diadakan di Pusat Latihan PASTI, Kedai Buluh. Penyertaannya cukup menggalakkan dimana telah melibatkan seramai 70 orang guru PASTI dari seluruh kawasan parlimen negeri Kelantan.



SELAMAT BERKURSUS

Nisa' Games - For All







Sukan Wanita Malaysia (NISA’ GAMES) yang julung kali diadakan akan berlangsung di Kota Bharu Bandar Raya Islam, pada 29-30 Muharram 1428H (17 - 18 Feb 2007). Program ini merupakan anjuran bersama Kerajaan Negeri Kelantan, MPKB-BRI dan Nisa’ Malaysia. Jabatan PASTI Kelantan turut terlibat dalam menjayakan program tersebut sebagai urusetia penginapan kpd peserta dari seluruh negeri.

Antara PASTI Cawangan yang terlibat ialah :
*Asrama, Pusat Latihan PASTI, Kedai Buluh
*PASTI Kg. Penambang, Pengkalan Chepa
*PASTI Cawangan Kg. Kota, Kbg Kerian
*Al Arsyadi, Kg. Panchor, Pengkalan Chepa
*Al Falahiah, Pasir Pekan, Tumpat

Smart Learning


09 FEB. 2007, JUMAAT, KOTA BHARU

Naib Presiden PAS, Dato' Dr Hasan Ali, akan turun padang ke program Smart Learning untuk pelajar islam di Pusat Latihan PASTI, Kg. Kedai Buluh, Jalan Kuala Besar, Kota Bharu, anjuran Akedemi Keluarga Bahagia (AKRAB) sebuah
organisasi professional dibidang pembangunan dan pendidikan keluarga di bawah kelolaannya. Untuk maklumat lanjut sila kunjungi website AKRAB.http://www.familikusayang.com

INFO ....


PUSAT LATIHAN PASTI KELANTAN

Lokasi : Kg. Kedai Buluh, Jalan Kuala Besar, Kota Bharu

Hubungi kami sekiranya anda memerlukan tempat penginapan, seminar & kursus yang kadar sewa termurah dengan kapasiti 100 - 200 peserta dalam satu masa. Antara kemudahan yg terdapat ialah, dewan seminar, bilik kuliah yg berhawa dingin, dewan makan, bilik rehat & musalla.
Hanya 10 minit dari bandar Kota Bharu.