




TEMPAT :: PUTIK, PENG. CHEPA
TARIKH :: JUMAAT-SABTU, 24 - 25 FEB 2012
PERASMIAN :: YB DATO' TIMB. MENTERI BESAR KELANTAN
PENUTUP :: UST NIK ABDUH
Tingkat 1, Bangunan PAS Kelantan, Jln Dato Pati, 15250, Kota Bharu (Tel : 09-7486042)
Majlis depengerusikan oleh AF Ustaz Hafiz Musa, Setiausaha PASTI Kelantan. Taklimat ringkas disampaikan oleh YB Ustaz Latif, Pengarah PASTI merangkap Ketua Pemuda PAS Kelantan. Seterusnya taklimat balas dan pengarahan operasi PASTI 2011 – 2012 disempurnakan pula oleh yang Berbahagia Haji Hasan Ahmad, Ketua Pengarah Jabatan Pendidikan PASTI Malaysia.
Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, terutama Jawatankuasa Harian PASTI Malaysia yang memilih PASTI Kelantan sebagai destinasi pertama bagi lawatan kerja dalam siri lawatan ke negeri-negeri...tidak lupa juga kepada warga kerja PASTI Negeri Kelantan di atas mengurus dan menjayakan program ini.
KEPUTUSAN ALAM RIA PASTI MALAYSIA 2011
1.PIDATO
| NO | NAMA | NEGERI |
| JOHAN | NOOR SUMAIYAH BT ISMAIL SUHAIMY | PERAK |
| NAIB JOHAN | YASMIN IRDINA BT MOHD JEFRI | N.SEMBILAN |
| KETIGA | NUR FADHILAH BT NAZARIN | MELAKA |
2.AZAN
| NO | NAMA | NEGERI |
| JOHAN | WAN MOHAMMAD LUQMAN AL-HAKIM B WAN HANAFI | KELANTAN |
| NAIB JOHAN | HAMMAD AFIFF B MOHD AFFANDI | TERENGGANU |
| KETIGA | ABDUL MUHAIMIN B ABD NIZAM | PERLIS |
3.KHUTBAH
| NO | NAMA | NEGERI |
| JOHAN | NUR MUHAMMAD B NOOR AFFANDI | PERAK |
| NAIB JOHAN | MOHD SYAFIQ HAKIMI B ZULHIRMAN ZAIDI | PULAU PINANG |
| KETIGA | AHMAD FAIZ B MAWARDI | PERLIS |
4.BERCERITA (L)
| NO | NAMA | NEGERI |
| JOHAN | MOHD ALIF NAZMI B MOHD RAMZI | SELANGOR |
| NAIB JOHAN | MOHD NAUFAL B JEHAN | KEDAH |
| KETIGA | MUHD LUQMANULHAKIM B SULAIMAN | PAHANG |
5.Bercerita (P)
| NO | NAMA | NEGERI |
| JOHAN | NUR NATASYA HUSNA BT MOHD ALI | KEDAH |
| NAIB JOHAN | SYASYA DARWISYAH BT MOHAMMAD SANI | JOHOR |
| KETIGA | MUNA IZZATUL BT MUHAMMAD FARID | PAHANG |
6.SAJAK (L)
| NO | NAMA | NEGERI |
| JOHAN | MIQDAD B KHAIRUDDIN | KEDAH |
| NAIB JOHAN | SAYED ADIB MARWAN B SYED AHMAD | TERENGGANU |
| KETIGA | MUHAMMAD AZIMUDDIN B ADNAN | PERAK |
7.SAJAK (P)
| NO | NAMA | NEGERI |
| JOHAN | AKMA KHADIJAH BT MOHD SUHAILI | JOHOR |
| NAIB JOHAN | NUR DAMIA AMNA BT IBNU YAZID | SELANGOR |
| KETIGA | SHARIFAH AUNI MARWA BT SYED AHMAD | TERENGGANU |
8.HAFAZAN (L)
| 6.NO | NAMA | NEGERI |
| JOHAN | MUHAMMAD SYAKIR B SALLEH | SELANGOR |
| NAIB JOHAN | FALAH BIRUNI B MOHD FADLEY | PAHANG |
| KETIGA | RAJA MUHAMMAD ZULHUSNI B RAJA MUHAMMAD AZIM | PERAK |
9.HAFAZAN(P)
| 6.NO | NAMA | NEGERI |
| JOHAN | SYAIMAA BT ILYAS | SELANGOR |
| NAIB JOHAN | NUR AISHAH FATIHAH BT ADLI | PERAK |
| KETIGA | NURUL JANNAH BT NUR SAIFUL | PERLIS |
10.NASYID
| NO | NAMA KUMPULAN | NEGERI |
| JOHAN | SELANGOR | |
| NAIB JOHAN | PERAK | |
| KETIGA | PAHANG |

Alhamdulillah 10 September 2011(Sabtu) ,telah terlaksana satu program yang amat penting bagi pelajar-pelajar PASTI dan juga seluruh para pendidik di PASTI Negeri Kelantan...buat julung-julung kalinya Karnival Alam Ria dilaksanakan pada tahun 2011 ini,yang dulunya dikenali sebagai Majlis Ihtifal.
KARNIVAL ALAM RIA PASTI NEGERI KELANTAN merupakan program tahunan anjuran PASTI disemua peringkat. Karnival ini merupakan medan terbaik bagi menyahut seruan dan menggalas cabaran selaras dengan resolusi Pemerkasaan Pendidikan PASTI.
Karnival Alam Ria ini juga, merupakan pendedahan awal supaya pelajar-pelajar bersedia mendepani cabaran kehidupan yang mendatang, khasnya di alam persekolahan, disamping itu juga dapat mencungkil bakat yang terpendam dikalangan pelajar-pelajar.Dengan adanya Karnival Ini juga dapat menjadi wadah kearah mempereratkan ukhuwwah, kenal mengenal antara satu sama lain yang akan melahirkan perasaan muhibbah dan tolong menolong sesama jemaah.
Majlis Ihtifal merupakan manifestasi pendidikan yang berlaku dalam bilik darjah sesuai dengan kurikulum yang terdapat di dalam pendidikan PASTI. Pertandingan yang disediakan bukan bertujuan mencipta pemenang semata-mata, tetapi lebih daripada itu, dapat meningkatkan tahap kemahiran dan daya ingatan anak-anak PASTI yang menyertai pertandingan ini daripada peringkat PASTI Cawangan, Kawasan dan peringkat Negeri sehinggalah ke peringkat kebangsaan.
Pihak PASTI Negeri mengalu-alukan kedatangan semua kemajlis tersebut...sama-sama kita memeriahkan lagi....
SUK PASTI Kelantan 1431/2010
Assalamu’alaikum w.b.t.
Salam Eidulfitri buat semua..
Saban tahun Eidulfitri disambut meriah, bagi merayakan kejayaan semua setelah sebulan menahan lapar dan dahaga menjunjung titah Yang Maha Kuasa. Atas semangat juang bertarung dengan hawa nafsu, hati-hati kita suci dari segala noda. Lantas, kesucian ini mestilah diterjemahkan dengan tingkah laku yang berpaksi titah Yang Maha Kuasa.
Buat seluruh warga PASTI Negeri Kelantan, usahlah takut dengan kemegahan istana kebatilan kerana ia akan hancur berderai apabila tiba ajalnya. Rintihan murni yang sentiasa membara dalam sanubari kita ini pasti akan didengari oleh Yang Maha Kuasa. Saya yakin dan percaya,jika ditakdirkan kita keluar bahtera sekalipun, namun kita mestilah memastikan diri sentiasa menjadi pejuang islam dan menjadi pendokong dalam arus kebangkitan perubahan negara yang lebih selamat ini. Bahkan kita mesti menjadi tentera-tentera yang berada di barisan hadapan dalam mempertahankan hak dan milik kita. Kerana kita dilahirkan untuk mempertahankan keadilan Islam dan menyanggah setiap ketidakadilan dan kepincangan yang berlaku disekeliling kita ini.
Akhir kata,Salam sayang dan Salam Eidulfitri dari saya buat semua. Kita rakyat bermaruah, melangkah gagah melakar sejarah.
Selamat Hari Raya Eidulfitri Maaf Zahir & Batin.
Sekian.
SUK PASTI Negeri Kelantan
07/09/2010
| |
| Salmah Mat Husain, Foto: Rizal Tahir |
|
Dipetik daripada harakah daily pada 20 Ramadhan 1431 / 30 Ogos 2010 |
Tahun ini merupakan pemilihan tampuk pimpinan yang baru bagi Majlis Guru PASTI Peringkat Kawasan dan Negeri.Kini saban minggu Mesyuarat Agung Tahunan giat dijalankan di peringkat kawasan. Baru-baru ini tanggal 13 Mac 2010 Mesyuarat Agung Tahunan bagi Kawasan Machang telah diadakan bertempat di Pejabat Adun Kemuning bagi menjalankan mesyuarat tersebut.

Segala pujian bagi Allah, Tuhan sekalian alam, salawat dan salam ke atas nabi Muhammad s.a.w., para sahabat dan pengikut baginda yang setia hingga akhir zaman.
Saya bersyukur kepada Allah Taala kerana dapat menyampaikan sepatah dua kata dalam ruangan ini. Seterusnya, tahniah saya ucapkan kepada warga kerja Jabatan Pendidikan Pasti di semua peringkat, guru serta ibu bapa atas kejayaan membuka kelas pengajian di cawangan Pasti di seluruh negara pada sesi persekolahan 2010 ini.
Belum terlambat untuk saya mengucapkan selamat menyambut tahun hijrah 1431. Semoga tahun baru ini memberi kekuatan kepada kita meningkatkan amal solih untuk kesejahteraan hidup di dunia dan menjadi bekalan terbaik demi kehidupan di akhirat.
Pasti adalah tempat anak-anak diasuh dan dididik dengan pelbagai ilmu pengetahuan yang bertujuan membangunkan rohani, emosi, intelek dan jasmani mereka mengikut acuan Islam. Sebagai ibu bapa, menghantar anak belajar di Pasti adalah memenuhi tanggungjawab memberi pendidikan asas Islam kepada mereka. Anak kita ibarat kain putih. Pendidikan akan mencorakkan kehidupan mereka pada masa hadapan, sama ada mereka akan menjadi Yahudi, Nasrani ataupun Majusi. Sudah tentu, pendidikan Islam akan menjadi penunjuk jalan dan pembimbing terbaik untuk menyelamatkan mereka mengharungi kehidupan agar tidak terjerumus kepada kesesatan atau kemurkaan Allah.
Selain daripada aktiviti dalam bilik darjah, Pasti Malaysia juga merancang untuk mengadakan Hari Anugerah Murid Pasti Cemerlang pada 30 Januari 2010 di UIA, Selangor, Ijtima’ dan Sambutan Hari Guru di Kuala Terengganu, Sukan Pasti pada bulan Jun, di USM, Pulau Pinang dan Ihtifal Pasti peringkat Kebangsaan pada bulan Oktober, di Ipoh, Perak. Kelas Asas Fardu Ain dan Fardu Kifayah Harian (Kaffah) juga akan bermula pada bulan Februari nanti. Saya berharap agar ibu bapa sekalian akan memberi sumbangan dan sokongan untuk menjayakan program pembangunan iman serta insan yang dilaksanakan di Pasti di seluruh negara.
Semoga anak-anak kita akan mendapat pendidikan terbaik di Pasti manakala kita akan menjadi ibu bapa dan komuniti yang sentiasa mendokong usaha pembangunan pendidikan terbaik kepada mereka. Bangunkan jiwa anak-anak kita dengan semangat persaudaraan dan perpaduan sejati. Corakkan kain putih itu dengan celupan ilahi. Terima kasih.
AZRIN BIN AB. MAJID
Ketua Pengarah
PASTI Malaysia
