Memaparkan catatan dengan label MGP. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label MGP. Papar semua catatan

MESYUARAT AGUNG TAHUNAN MGP KAWASAN

Tahun ini merupakan pemilihan tampuk pimpinan yang baru bagi Majlis Guru PASTI Peringkat Kawasan dan Negeri.Kini saban minggu Mesyuarat Agung Tahunan giat dijalankan di peringkat kawasan. Baru-baru ini tanggal 13 Mac 2010 Mesyuarat Agung Tahunan bagi Kawasan Machang telah diadakan bertempat di Pejabat Adun Kemuning bagi menjalankan mesyuarat tersebut.


Mesyuarat tersebut telah di hadiri oleh Setiausaha PASTI Negeri bagi menyampaikan ucapan alu-aluan dan telah di rasmikan oleh YB Adun Kemuning.Yang Turut hadir dalam mesyuarat tersebut iaitu Ketua Pemuda Machang, Pengerusi PASTI Kawasan,SUK PASTI Negeri dan seorang wakil dari MGP Negeri.

SELAMAT BERJUANG..

Pasukan bolasepak & bolajaring PASTI negeri Kelantan kini sedang 'berkampung' di JKR 10, Kg Sireh bagi menjalani latihan intensif bermula dari 14 Jun - 19 Jun 2009.

Kesemua pemain ditempatkan di rumah tetamu kerajaan negeri bersebelahan dengan kediaman rasmi MB Kelantan (terima kasih tak terhingga). Sesi latihan tersebut dikendalikan sepenuhnya oleh seorang jurulatih berpengalaman dan dibantu sepenuhnya oleh MGP negeri Kelantan.

Bola Sepak

1. Mohd Faisal Arif B Che Hassan - PASTI Hj. Adam, Kg Laut, Tumpat
2. Mohd Afiq Nabihan B Razman - PASTI Ar Rahmah, Berek 12, KB
3. Muhamad Danish Zafri B Mohd Adnan - PASTI Ar Rahmah, Berek 12, KB
4. Muhamad Mushadiq B Rosdi - PASTI Al Arsyadi, Panchor, PC
5. Mohd Shahril Aiman B Abdullah - PASTI Ar Rahman, Bandar Tumpat
6. Muhammad Aiman Haiqal Azhan - PASTI Al Husna Lrg. Pakdir, KB
7. Adam B Azizallah Khan - PASTI Al Husna, Lrg. Pakdir, KB
8. Tuan Ahmad Hasnan B Mohd Noor - PASTI At Taqwa, Terusan, K. Kerian
9. Ameer Syahmin B Muhamad - PASTI Nurul Ehsan, Air Lanas, Jeli
10. Mohamad Anas Aqashah - PASTI Nurul Ehsan, Air Lanas, Jeli

Bola Jaring

1. Aliya Maisarah Bt Mohd Nasir - PASTI Al Jihad, K. Lanas, Ketereh
2. Aishah Bt Rosli - PASTI Ar Ridha, Pdg. Bongor, K. Bharu
3. Farah Wahida Bt Arifin - PASTI Az Zahra, Desa Rahmat, KB
4. Nik Nur Asyiqin - PASTI Muhammadi, Kedai Mulong, K. Kerian
5. Nur Maisarah - PASTI Al Husna, Lrg. Pak Dir, Kota Bharu
6. Nur Syafa Irdina Bt Rosli - PASTI Muhammadi, Kedai Mulong, K. Kerian
7. Nurul Haslinda Bt Che Arif - PASTI Muhammadi, Kedai Mulong, K. Kerian
8. Nurul Syarmimie Amalin - PASTI Muhammadi, Kedai Mulong, K. Kerian
9. Syarifah Shahira - PASTI Al Arsyad, Pdg. Rokma, Tumpat
10. Siti Nur Afifah Bt Abu Zarin - PASTI Jaafariah, K. Bharu

SELAMAT BERJUANG..
Wallahua'lam.

MENDIDIK MURID PASTI TENTANG ERTI PERSAHABATAN


Oleh :- e_where2006@yahoo.com

Assalamualaikum...

Tahniah kepada PASTI Kawasan Kubang Kerian, Ketereh & Kota Bharu kerana berjaya muncul di alam blog. Semoga kawasan lain demikian juga. :)

1. http://pastikbgkerian.blogspot.com
2. http://pastikb.blogspot.com
3. http://pastiketereh.blogspot.com
_______________________________________________________________________

MENDIDIK MURID PASTI TENTANG ERTI PERSAHABATAN

Suatu ketika dahulu, sewaktu anak saya masih di bangku PASTI, dia pulang dari sekolah sambil meremas -remas kertas lukisannya, ketika ditanya mengapa?
Dia menjawab "tiada apa- apa" sambil memuncungkan mulut. Tapi, akhirnya setelah dipujuk, dia mula bersuara dengan mengatakan rakannya mengeji hasil lukisannya yang teruk. Tak cantik.

Kemudian saya mula jelaskan ;- bahawa rakannya hanya mengutuk lukisan, bukan mengeji dirinya. Setiap orang mempunyai hak untuk memberikan pendapatnya dan kita haruslah saling mengasihi satu sama lain.

Sikap rakannya itu adalah sesuatu yang normal. Seorang pakar psikologi kanak-kanak telah menerangkan bahwa anak-anak seusia ini hanya mementing dan memusatkan segala sesuatu pada diri sendiri, tetapi bukan bererti mereka mahu menang sendiri. Ini kerana mereka masih kecil dan tidak sensitif terhadap perasaan orang lain. Kemampuan ini harus diajarkan oleh ibubapa mahupun guru PASTI khasnya.

Langkah berikut mungkin boleh membantu :-

PERANCANGAN.
Anak-anak seusia ini tidak dapat mengatur atau bergaul dengan rakannya, jadi guru PASTI seharusnya menyediakan situasi sosial yang berbeza. Situasi sosial seperti, aktiviti kokurikulum, bersukan, solat berjemaah dan sebagainya. Kesemuanya itu akan membentuk suasana yang nyaman dan selesa untuk mereka. Untuk pertama kali, mereka akan waspada, namun lama kelamaan mereka mulai untuk memberikan respon kepada rakannya. Kita hanya perlu mendorong mereka untuk memiliki hubungan persahabatan.

SENGAJA MENCIPTA SUASANA.
Sengajakan meninggalkan mereka di suatu ruangan untuk bermain, sedangkan guru ataupun ibubapa duduk di ruang lain yang dekat dengan mereka, sambil mendengar dan mengawasi mereka. Mereka memerlukan pengajaran dan bimbingan untuk bermain dengan jujur dan berkompromi. Contohnya, jika mereka berebut permainan maka kita perlu membahagikannya dengan adil, satu -persatu. Hal ini akan mengajarkan mereka tentang konsep keadilan kepada mereka.

MENCONTOHI
Anak-anak kita amat mudah belajar meniru atau mencontohi sesuatu. Bagaimana sikap kita terhadap rakan kita sendiri? Jika kita berbicara tentang rakan kita, maka anak kecil tadi akan mendengar dan mengikuti sikap kita terhadap rakan kita sendiri.

BERSABAR
Akhirnya, sabarlah dengan mereka dan jadilah teman permainannya, walaupun di PASTI ataupun di rumah. Ianya membantu untuk mengurangi "stress" (tekanan) dengan bersemuka dengan mereka. Merasai apa yang mereka rasa. Ini akan menjadi suatu proses yang menyenangan bagi mereka dan bagi anda sendiri.
Wallahua'lam.

MUKTAMAR MGP PUSAT

26-27 JULAI 2008
HOTEL LANGKASUKA, KUAH, LANGKAWI

Seramai 11 orang guru PASTI yang juga merupakan AJK MGPNK bersama 3 orang kakitangan PASTI negeri telah ke Pulau Langkawi baru-baru ini bagi mengikuti Muktamar Tahunan MGP Malaysia yang berlangsung di Hotel Langkasuka. Rombongan bertolak dari Kota Bharu pada hari Khamis 9.30 mlm dengan menaiki bas ekspress ke Kuala Perlis. Manakala kakitangan PASTI pula bertolak lebih awal dgn kenderaan pejabat.

Rombongan tiba di Jeti Kuala Perlis jam 6.30 pagi. Seterusnya bertolak ke Jeti Kuah, Langkawi dan tiba di hotel jam 2 petang, selepas aktiviti shopping di sekitar Jeti dan Pekan Kuah. Program bermula dengan Majlis Taklimat Ringkas kepada semua MGP negeri mengenai buku teks 4, 5 & 6 tahun.

Majlis perasmian bermula pada sebelah malam dengan ucapan aluan oleh Pengarah PASTI Pusat, Sdr Azrin Abd Majid diikuti pula ucapan perasmian oleh Speaker Kerajaan Neg Kedah, YB Dr. Abd Isa Bin Ismail. Muktamar disambung keesokan harinya, dengan melibatkan penyertaan perwakilan & pemerhati dari seluruh negara. Wallahua'lam.








MUKTAMAR AGUNG TAHUNAN MGPNK

SABTU, 12 JULAI 2008
PUTIK, PENG CHEPA

Muktamar Agung Tahunan MGP Kelantan telah berlangsung dengan jayanya baru-baru ini. Seawal 8.30 pagi lagi Dewan Besar PUTIK telah dipenuhi dengan perwakilan & pemerhati yang terdiri daripada guru-guru PASTI dari seluruh negeri Kelantan. Ianya merupakan acara tetap tahunan, walaubagaimanapun pemilihan jawatankuasa hanya dilakukan 2 tahun sekali.

Program berkenaan bermula dengan ucapan aluan oleh Pengerusi MGP Kelantan sesi 2006-2008, Puan Rasyidah bt Abdullah. Dalam ucapan aluannya beliau telah menekankan betapa perlunya komitmen berterusan dari setiap guru bagi membolehkan murid-murid PASTI lebih berdaya saing lebih-lebih lagi di zaman serba mencabar ini. Beliau juga meminta kepada perwakilan agar membuat pemilihan yang terbaik semasa memilih kepimpinan bagi sesi baru .




Sementara itu, Setiausaha PASTI Kelantan, Sdr Mohd Nuri Mat Yaakub dalam ucapannya pula berkata, muktamar kali ini seharusnya menjadi pemangkin terbaik kepada semua guru PASTI bagi memperkemaskan organisasi ke arah melahirkan satu gerak kerja yang mantap disamping menjadi wadah bagi melahirkan barisan kepimpinan mantap dan menyuntik semangat dalam bagi meneruskan perjuangan PASTI.

Muktamar pada kali ini telah dirasmikan oleh YB Hjh Wan Ubaidah Wan Omar, Exco Kerajaan Negeri Kelantan. Berikut ialah kepimpinan baru MGP yang baru dipilih bagi sesi 2008-2010 :-

Majlis Guru PASTI Negeri Kelantan (MGPNK 2008-2010)

PENGERUSI

Puan Rashidah bt. Abdullah

TIMB. PENGERUSI
Puan Che Jawahir bt. Daud

SETIAUSAHA
Puan Wan Normila bt Mahmud

BENDAHARI
Cik Hasni bt Hanafi

PEN. SETIAUSAHA
Cik Rohani bt Awang Lah

AHLI JAWATANKUASA

Puan Narizam Yusoff
Puan Hasnah Abdullah
Puan Safinah Ibrahim
Puan Ramlah bt. Bidin
Cik Wan Hasmizon bt. Hanafi
Puan Wan Syarifah bt Wan Ibrahim
Puan Mariam Jusoh
Puan Zurina bt Mat Zain

TAMRIN QIADI MGPNK

30 Apr–01/05/2007, Sri Aur Village, Bachok

Seramai 70 peserta telah terlibat dengan program diatas, yang terdiri dari kakitangan pejabat, J/K MGP negeri, pengerusi & setiausaha MGP kawasan & pengerusi unit tarbiah MGP kawasan. Program tamrin tersebut antara lain di isi dgn ceramah agama, motivasi & majlis BBQ.