Memaparkan catatan dengan label sekolah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label sekolah. Papar semua catatan

ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG


Baru-baru ini bertempat di Dewan Kenanga, Hotel Raudhah, Kota Bharu pihak Jabatan Pendidikan PASTI Kelantan telah mengadakan MAJLIS ANUGERAH PELAJAR CEMERLANG 2009 PERINGKAT NEGERI KELANTAN. Majlis dimulakan pada pukul 2.30 petang dengan ucapan Pengerusi Majlis dan diteruskan dengan bacaan ayat suci Al-Quran oleh adik Abdul Aziz Bin Wan Mohd Nor merupakan alumni PASTI Kawasan Kota Bharu. Seterusnya ucapan alu-aluan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan PASTI Negeri Kelantan YB Ust Haji Abdul Latiff Bin Haji Abdul Rahman ,Majlis telah di rasmikan oleh YB Dato' Haji Ahmad Bin Haji Yaacob,Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Majlis di teruskan lagi dengan penyampaian saguhati kepada PASTI Cawangan yang berjaya melahirkan pelajar-pelajar cemerlang di peringkat kawasan, kemudian majlis diteruskan dengan Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang 2009 Peringkat Negeri Kelantan oleh YB Dato' Haji Ahmad Bin Haji Yaacob. Bagi kategori 5 Tahun ADIK AUNI QISTINA BT UBAIDILLAH daripada PASTI UMMI KALTHOM,KOK LANAS KAWASAN KETEREH telah di nobatkan sebagai pelajar cemerlang bagi tahun 2009 manakala bagi kategori 6 Tahun ADIK NURUL SYAMIMIE AMALIN BT ISMAIL daripada PASTI AL-MUHAMMADI KEDAI MULONG KAWASAN KUBANG KERIAN.



Majlis ini juga turut dihadiri lebih kurang 300 Orang termasuk Ahli Lembaga Pengarah, Pengurus Kawasan, Pengerusi Cawangan,Majlis Guru PASTI Negeri Kelantan, Majlis Guru PASTI Kawasan serta Ibu Bapa/Penjaga Pelajar Cemerlang Kawasan. Antara anugerah yang turut diberikan,adalah Anugerah Pelajar Cemerlang Peringkat Kawasan  

SENARAI PELAJAR CEMERLANG 2009 PERINGKAT KAWASAN [5 TAHUN] 

1. Nik Anis Bisyarah Bt Mazukhan, Wan Adam Kg Laut, Tumpat  
2. Aelisha Ishariena Bt Mohd Ali, Al-Ahmadi Tebung Tinggi, PC
3. Mohd Farhan Bt Mohd Nor, Al-Ahmadi,Cherang, KB
4. Muhd Azim Nazmi Bin Abdul Aziz, Al-Hidayah, Tendong, PM
5. Mohd Shahir Bin Zulkifli, Al-Mukhlisin,Lubuk Tapah, RP
6. Nur Athirah Auni Bt Ruslan, Al-Muhammadi, Kedai Mulong, Kbg Kerian
7. Norkhairunnisaa Bt Mohd Afandy, An-Naim, Jelawat I, Bachok
8. Auni Qistina Bt Ubaidillah, Ummi Kalthom, Kok Lanas, Ketereh
9. Nur Fatin Nabila Bt Jefri, Pintar Majidiah, Wkf Berangan, P. Puteh
10. Ain Marha Batrisya Bt Hamka, As-Solihi, Belimbing, TM
11. Nurul Aqmal Bt Zakaria, Al-Fatah, Bandar Machang
12. Nik Muhd Arif Bin Adam, Nurul Ain, Gunung, Jeli
13. Nur Hasnie Bt Che Mohd Zaimi, At-Taqwa, Batu Balai, K. Krai
14. Muhd Muizuddin Bin Nordin, Al-Akhlak, Bandar Gua Musang

SENARAI PELAJAR CEMERLANG 2009 PERINGKAT KAWASAN [6 TAHUN] 

1. Nur Adila Bt Azmi, Padang Rokma, Tumpat
2. Che Nursyuhada Bt Che Mahadi, Al-Haqq, K. Buloh, PC
3. Farah Ain Tasnim Bt Mohd Ridhuan, Al-Mustaqim, Kb
4. Mumtazatul Aliyah Bt Afendi, Al-Hasaniah, Lemal, Pm
5. Bushra ‘Izza Bt Shahmir, At-Taqwa, Repek, Rp
6. Nurul Syamimie Amalin Bt Ismail, Al-Muhammadi, Mulong, Kbg Kerian
7. Ahmad Zulhelmy Bt Abdul Razak, Pasti Jelawat 2, Bachok
8. Nur Diena Alia Bt Kamarul Zaliza, Al-Hasani, Ketereh
9. Nurul Fatihah Bt Mohd Ariff, Darul Hikmah,Kg Kelubi, P. Puteh
10. Safiyyah Bt Abdul Hamid, Al-Falah, Tanah Merah
11. Amirah Bt Ab. Nasir, Al-Fatah, Machang
12. Nur Alia Syafiqah Bt Mohd Azli, Nur Aiman, Jeli
13. Nur Fatehah Bt Sayadi, Pasti At-Taqwa, Batu Balai, K. Krai
14. Mohamad Nasrullah Bin Hasanuddin, At-Taqwa, Renok B, Gm

Pihak Jabatan Pendidikan PASTI Negeri Kelantan mengucapkan syabas kepada pelajar-pelajar yang berjaya dan mengucapkan tahniah kepada PASTI Kawasan dan Cawangan yang berjaya melahirkan pelajar yang cemerlang.Tidak lupa juga terima kasih kepada YB Dato' Haji Ahmad Bin Haji Yaacob,Timbalan Menteri Besar Kelantan kerana sudi hadir ke majlis berkenaan dan seluruh tenaga yang menjayakan majlis tersebut.

Wallahua'lam

MENDIDIK MURID PASTI TENTANG ERTI PERSAHABATAN


Oleh :- e_where2006@yahoo.com

Assalamualaikum...

Tahniah kepada PASTI Kawasan Kubang Kerian, Ketereh & Kota Bharu kerana berjaya muncul di alam blog. Semoga kawasan lain demikian juga. :)

1. http://pastikbgkerian.blogspot.com
2. http://pastikb.blogspot.com
3. http://pastiketereh.blogspot.com
_______________________________________________________________________

MENDIDIK MURID PASTI TENTANG ERTI PERSAHABATAN

Suatu ketika dahulu, sewaktu anak saya masih di bangku PASTI, dia pulang dari sekolah sambil meremas -remas kertas lukisannya, ketika ditanya mengapa?
Dia menjawab "tiada apa- apa" sambil memuncungkan mulut. Tapi, akhirnya setelah dipujuk, dia mula bersuara dengan mengatakan rakannya mengeji hasil lukisannya yang teruk. Tak cantik.

Kemudian saya mula jelaskan ;- bahawa rakannya hanya mengutuk lukisan, bukan mengeji dirinya. Setiap orang mempunyai hak untuk memberikan pendapatnya dan kita haruslah saling mengasihi satu sama lain.

Sikap rakannya itu adalah sesuatu yang normal. Seorang pakar psikologi kanak-kanak telah menerangkan bahwa anak-anak seusia ini hanya mementing dan memusatkan segala sesuatu pada diri sendiri, tetapi bukan bererti mereka mahu menang sendiri. Ini kerana mereka masih kecil dan tidak sensitif terhadap perasaan orang lain. Kemampuan ini harus diajarkan oleh ibubapa mahupun guru PASTI khasnya.

Langkah berikut mungkin boleh membantu :-

PERANCANGAN.
Anak-anak seusia ini tidak dapat mengatur atau bergaul dengan rakannya, jadi guru PASTI seharusnya menyediakan situasi sosial yang berbeza. Situasi sosial seperti, aktiviti kokurikulum, bersukan, solat berjemaah dan sebagainya. Kesemuanya itu akan membentuk suasana yang nyaman dan selesa untuk mereka. Untuk pertama kali, mereka akan waspada, namun lama kelamaan mereka mulai untuk memberikan respon kepada rakannya. Kita hanya perlu mendorong mereka untuk memiliki hubungan persahabatan.

SENGAJA MENCIPTA SUASANA.
Sengajakan meninggalkan mereka di suatu ruangan untuk bermain, sedangkan guru ataupun ibubapa duduk di ruang lain yang dekat dengan mereka, sambil mendengar dan mengawasi mereka. Mereka memerlukan pengajaran dan bimbingan untuk bermain dengan jujur dan berkompromi. Contohnya, jika mereka berebut permainan maka kita perlu membahagikannya dengan adil, satu -persatu. Hal ini akan mengajarkan mereka tentang konsep keadilan kepada mereka.

MENCONTOHI
Anak-anak kita amat mudah belajar meniru atau mencontohi sesuatu. Bagaimana sikap kita terhadap rakan kita sendiri? Jika kita berbicara tentang rakan kita, maka anak kecil tadi akan mendengar dan mengikuti sikap kita terhadap rakan kita sendiri.

BERSABAR
Akhirnya, sabarlah dengan mereka dan jadilah teman permainannya, walaupun di PASTI ataupun di rumah. Ianya membantu untuk mengurangi "stress" (tekanan) dengan bersemuka dengan mereka. Merasai apa yang mereka rasa. Ini akan menjadi suatu proses yang menyenangan bagi mereka dan bagi anda sendiri.
Wallahua'lam.

Kursus Asas Perguruan PASTI Siri II 2009

Pusat Latihan PASTI (PLPK), Kg. Kedai Buluh (27 - 28 Feb 2009)

Alhamdulillah, baru-baru ini telah berlangsung dengan jayanya Kursus Asas Perguruan PASTI Siri II di sini. Anjuran bersama Jabatan PASTI negeri, Majlis Guru Pakar dan Majlis Guru PASTI.

Kursus asas ini merupakan sambungan daripada siri I yang di adakan penghujung Januari lepas. Hampir keseluruhan peserta sesi lepas hadir memberikan komitmen. Banyak ilmu-ilmu mahupun teknik tertentu di dedahkan kepada peserta bagi mengurus sebuah pra sekolah PASTI, agar ianya dapat di tadbir dengan sebaiknya :- baik dari aspek pendidikan, waima pentadbirannya.



Walaupun hanya 2 hari, rata-rata peserta yang di temui melahirkan hasrat agar kursus seumpama ini di adakan dengan lebih kerap kerana, di samping mengeratkan hubungan sesama guru, mereka juga akan mendapat bimbingan & pengawasan sepenuhnya dari PASTI negeri.

Wallahua'lam.






SELAMAT KEMBALI KE PASTI


Assalamualaikum..

Selamat kembali ke sekolah kepada murid-murid PASTI yang bercuti panjang. Tanamkanlah azam untuk belajar bersungguh-sungguh hingga mencapai kejayaan yang diidamkan. Walaupun masih di alam pra sekolah, tiada masalah untuk kita mencontohi mereka yang telah berjaya, agar diri kita juga turut teruja dengan ciri-ciri kecemerlangan itu.


Buat guru-guru PASTI pula, rebutlah peluang beramal dengan sebaik mungkin melalui wadah PASTI. Semoga kita semua menjadi insan yang kamil dilengkapi dengan ketajaman minda yang memiliki syaksiah diri untuk kebahagiaan bukan sahaja di dunia malah juga di akhirat. Insya Allah!