MAJLIS PELANCARAN IFTAR PERDANA PASTI NEGERI KELANTAN 2012





2 Februari 2012 bersamaan 19 RabiulAwal 1433H, berlangsungnya Majlis Pelancaran Iftar Perdana 2012 bagi PASTI Kelantan, yang telah dirasmikan oleh YB Mohd Zaki Ibrahim , turut dihadiri oleh Pengarah PASTI Negeri merangkap Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan (Yb Abdul Latiff Abdul Rahman), Setiausaha PASTI Negeri merangkap Naib Ketua Dewan Pemuda PAS Kelantan (Ust.Muhammad Hafiz Musa), pimpinan DPPNK, pimpinan PASTI Kawasan, pimpinan MGPNK serta seluruh guru PASTI Negeri Kelantan.............

1.0 LATAR BELAKANG

Tugas dan tanggungjawab sebagai seorang guru sangat mencabar dewasa ini. Justeru, seseorang guru itu memerlukan persiapan dan persediaan dari pelbagai sudut sebagai satu usaha bagi memastikan amanah mendidik anak bangsa dapat dilaksanakan dengan jayanya. Antara persediaan yang perlu dilakukan oleh seorang guru ialah persediaan rohani dan jiwa.

Justeru, bagi membantu dan mendorong para guru untuk serius dan berterusan dalam mempersiapkan diri dari sudut rohani ini, pihak pengurusan PASTI Negeri Kelantan telah mengambil pendekatan untuk melaksanakan program puasa sunat dan juga usrah guru PASTI seluruh Kelantan agar para guru benar-benar dapat menghayati dan memahami dengan sebenar-benarnya akan kepentingan pentarbiyahan rohani dalam menjalankan amanah sebagai seorang pendidik. Program seumpama ini telah diwajibkan kepada seluruh guru PASTI Negeri Kelantan agar berpuasa sunat minggu pertama bagi setiap bulan serta hari-hari kebesaran yang disunatkan berpuasa. Program ini adalah menyeluruh bagi semua negeri bagi guru-guru PASTI di Malaysia.Semoga program ini akan memberikan manfaat kepada semua pihak, Insya-Allah.

2.0 OBJEKTIF PROGRAM

Memberi galakan kepada para Guru PASTI untuk sentiasa mendidik rohani
dan jiwa sebagai persediaan menjadi seorang pendidik

Meningkatkan kefahaman Islam dikalangan guru-guru PASTI

Mengeratkan hubungan persaudaraan dikalangan guru-guru PASTI

3.0 MAKLUMAT PROGRAM

: 9 Rabiul Awal 1433H bersamaan 2 Februari 2012
: Khamis
: 5.30 petang
: Dewan Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK)


4.0 ANJURAN

PASTI Negeri Kelantan & Majlis Guru PASTI Kelantan

5.0 SASARAN & JEMPUTAN

Ahli Lembaga Pengarah
Sekretariat Program
Pengerusi PASTI Kawasan
Guru PASTI