SUKAN PASTI NEGERI :)




KEMASKINI

Atas faktor cuaca, Sukan PASTI negeri yang dijadualkan pada 30 Mei di Padang Perdana, Kota Bharu, tidak dapat diadakan. Walaubagaimanapun, ianya tetap akan diadakan sebagaimana sumber berita berikut yang dipetik dari Harakah Daily.

KUALA KRAI, 7 Jun (Hrkh) - Suasana kempen menjelang pilihan raya kecil Dun Manek Urai tambah meriah apabila sukan PASTI peringkat negeri akan diadakan di Laloh Khamis ini. Sukan tersebut yang sepatutnya diadakan di Padang Perdana, Kota Bharu 30 Mei lalu terpaksa ditunda ekoran hujan lebat.


Pengarah PASTI Negeri, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman berkata, acara sukan itu akan dirasmikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Kesihatan, Hajah Wan Ubaidah Omar. Manakala penutup akan disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO, Haji Abdul Fattah Mahmood.

Abdul Latif yang juga Yang Dipertua PAS Kuala Krai berkata, PAS kawasan itu akan menyembelih dua ekor lembu bagi meraikan kedatangan seluruh warga Pasti Kelantan.

Wallahua'lam.