SUKAN PASTI NEGERI :- JOM SERANG MANEK URAI


Sumber berita :-
http://mengkebang.pas.org.my/?p=214. Terima kasih :)

SUKAN PASTI PERINGKAT NEGERI KELANTAN GEGAR MANEK URAI

Penduduk di Dun Manek Urai akan digegarkan dengan aksi anak-anak pada acara sukan Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) peringkat negeri ini yang akan diadakan tidak lama lagi. Program itu dijangka memeImageriahkan lagi suasana kempen pilihanraya yang sedia panas dan persiapan bagi menghadapi pilihan raya kecil Dun Manek Urai, tanggal 14 Julai depan.

Pengarah PASTI Kelantan, Ustaz Abdul Latif Abdul Rahman di petik berkata, acara sukan pasti yang bertaraf peringkat negeri itu terpaksa di tunda dan dipindahkan ke Manek Urai berikutan hujan lebat.ketika ia dilangsungkan Sabtu lalu.

“Pihak urusetia terpaksa membatalkan sukan berkenaan kerana dibimbangi anak-anak mengidap demam sekiranya meneruskan acara sukan seperti dijadualkan,” katanya di sini.

Sukan itu sepatutnya diadakan di Padang Perdana mengandungi pertandingan bolasepak, bola jaring dan tarik tali. Lebih 2,000 ibu bapa dan kanak-kanak membanjiri padang tersebut yang dipenuhi air.

“Saya bagi pihak Pasti Negeri ingin memohon maaf kepada seluruh ahli keluarga anak-anak yang datang dari jauh seperti Gua Musang dan Jeli di atas keadaan ini yang tak dapat dielakkan,” ujar beliau.

Sementara itu, dalam perkembangan berkaitan kerajaan negeri menyumbangkan sejumlah RM49,915, kepada Pasti Negeri untuk menganjurkan aktiviti sukan pra persekolahan tersebut.

Sumbangan berkenaan selamat disampaikan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri, Haji Abdul Fattah Mahmood kepada Pengarah Pasti Negeri, Abdul Latif.