Khamis, 31 Julai
Bertempat di Dewan Jubli Perak MPKB-BRI baru-baru, telah berlangsung Majlis Perasmian Kempen Bulan Sembahyang yang dirasmikan oleh YAB Dato' Menteri Besar Kelantan. Program berkenaan seringkali diadakan setiap tahun yang dianjurkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JAHEAIK).
Bagi memeriahkan program tersebut, turut diadakan pertandingan kuiz agama dan azan bagi kategori pelajar pra sekolah dan sekolah rendah. Bagi pelajar pra sekolah, ianya di wakili oleh murid-murid PASTI dari kawasan Kota Bharu, Tumpat, Ketereh, Pengkalan Chepa dan Kubang Kerian.
Kawasan Tumpat muncul sebagai johan keseluruhan bagi pertandingan kuiz dan azan kategori pra sekolah yang diwakili oleh PASTI An-Nur, Kota Kubang Labu. Wallahua'lam