Sabtu, 27 Oktober, 4.00 pm, Adik Mohd Zulhafiz b. Hamzah, 13, anak kepada guru PASTI Al Iman, Kg. Belukar, Machang yang mana kisahnya pernah disiarkan sebelum ini telah kembali jua ke rahmatullah menemui penciptanya yang maha Esa.
Penderitaannya selama hampir 5 tahun melawan penyakit barah otak yg kritikal cukup meruntun jiwa sesiapa sahaja. Beliau tabah, cekal dan berhati waja, walaupun sedar maut sentiasa hampir dengannya. Di usia yang baru 13 tahun, dicuba sedaya upayanya untuk tidak menyusahkan sesiapa pun dengan penyakitnya itu.
Hanya pada ibu sahajalah, dia bergantung harap. Sementara ibunya, Puan Latifah bt Ismail, sanggup meletakkan jawatan demi untuk menumpukan sepenuh perhatian dan penjagaan terhadapnya. Semoga arwah damai di daerah sana.
KAU PERGI JUAPenderitaannya selama hampir 5 tahun melawan penyakit barah otak yg kritikal cukup meruntun jiwa sesiapa sahaja. Beliau tabah, cekal dan berhati waja, walaupun sedar maut sentiasa hampir dengannya. Di usia yang baru 13 tahun, dicuba sedaya upayanya untuk tidak menyusahkan sesiapa pun dengan penyakitnya itu.
Hanya pada ibu sahajalah, dia bergantung harap. Sementara ibunya, Puan Latifah bt Ismail, sanggup meletakkan jawatan demi untuk menumpukan sepenuh perhatian dan penjagaan terhadapnya. Semoga arwah damai di daerah sana.
Kau sentiasa ceria dan periang,
Menggamit suasana dengan telatah.
Di saat kau terlantar & merintih kesakitan,
Hati kami sayu dan pilu,
Menerima berita dengan air mata,
Agar kau diselamatkan olehNYA.
Ketika kau bergelombang dengan maut,
Setiap hembusan nafasmu ada getaran,
Seperti menahan getaran yang amat mendalam.
Di hening pagi ini....
Kami menerima khabar pemergian mu,
Kau pergi jua menemui yang MAHA PENCIPTA,
Kau pulang kepangkuan pemilik kita semua,
Akan kami sedekahkan doa dan al fatihah,
Menjadi penemanmu dialam sana,
Abadilah dirimu bersama para solihin,
Moga-moga jannatul firdaus menjadi milikmu...
AL FATIHAH BUAT...... Adik Mohd Zulhafiz b. Hamzah