Demi kepentingan politik, pendidikan kanak-kanak dikorbankan.

27 Feb 2007, Lundang, Kota Bharu
Nasib malang telah menimpa anak-anak yg dahagakan pendidikan islam di sekitar Kg. Lundang, Kota Bharu, apabila tempat mereka menuntut ilmu telah diarahkan berpindah serta-merta oleh pemilik bangunan yang disewa oleh PASTI Ar Raudhah.
Peristiwa malang ini berlaku selepas AJK JIBG PASTI tersebut telah mengadakan program perjumpaan ibubapa pada hari sabtu 3hb Februari 2007, yang turut di isi dengan tayangan video anti dadah, ceramah motivasi & lain-lain. Menurut sumber AJK PASTI, arahan berpindah dibuat kerana pemilik bangunan tersebut tidak senang dgn kehadiran salah seorang Exco Kerajaan negeri untuk merasmikan majlis tersebut.
Atas inisiatif dan tindakan cepat AJK berkenaan, PASTI tersebut telah mendapat bangunan baru di tempat berhampiran.

Family Day Staff PASTI

19/02/07, Sri Aur Village, Telong, Bachok

Penganjuran hari keluarga ini adalah bertujuan untuk menyatu & meningkatkan kerjasama antara semua kakitangan pengurusan Jabatan PASTI Negeri Kelantan disamping dapat mengeratkan lagi hubungan kekeluargaan. Program yg julung kali diadakan ini telah melibatkan 40 orang ahli keluarga. Aktiviti yang diadakan antaranya ialah, tazkirah agama, barbeque & sukaneka pantai

AIDIL ADHA 1428

Majlis Qurban Perdana

Berikut ialah gambar sekitar program Majlis Qurban Perdana PASTI & MGP Negeri Kelantan pada 02 Januari 2007 di Pusat Tarbiyah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa, Kota Bharu yang mana sebanyak 03 ekor lembu telah diqurbankan.




Kursus PERASA


20 – 22 Disember 2006, Machang,
Pusat Latihan Jabatan Perhutanan, Bukit Bakar Machang

Objektif
Meningkatkan kesedaran, kefahaman & tanggungjawab terhadap tugas. Mewujudkan suasana harmoni & kasih sayang sesama rakan setugas. Menjauhkan sifat-sifat mazmumah & menanam sifat-sifat mahmudah

Perasmian :
Sdr. Saifuddin Nasution, Pengurus Tbg Amanah Tok Kenali.
Penutup : YB. Mohamad Zaki, Pengarah Jabatan PASTI Kelantan

Bengkel Penaziran & Majlis Dialog Guru Pakar

02 Feb 2007, Ansar Garden, Kota Bharu
9.00 am-5.00 pm

Objektif Utama :

Memastikan objektif dan matlamat PASTI tercapai

1. M
emantau guru & membuat penilaian prestasi
2.
Merancang strategi
3.
Memastikan sukatan pengajaran dilaksanakan.
4.
Menyelia setiap program & memastikan keberkesanannya.
5.
Mengadakan mesyuarat, memastikan penaziran berjalan dgn sempurna.
6.
Menyelaras program penaziran semua peringkat

DIREKTORI PASTI KAWASAN

1. KAWASAN TUMPAT
  1. Baitul Ulum, Kedai Geting
  2. Nuruddin Kg Ketil
  3. Al Iman, Masjid Geting
  4. PASTI Kg. Sri Tujuh
  5. Nurul Ain, Kajang Sebidang
  6. Al Asma’ Kg. Telaga Bata
  7. Al Mawaddah, Kg. Baru Nelayan
  8. Nurul Hidayah, Kg. Dalam Rhu
  9. PASTI Kg. Padang Tembesu
  10. PASTI Kg. Alor Tal
  11. Nahdatul Ilmi, Kg Morak
  12. Ar Rahmah, Kg. Palekbang
  13. Wan Adam, Kg. Laut
  14. PASTI Hj Omar, Kg. Sg. Pinang
  15. Al Ihsan, Kg. Kok Keli
  16. PASTI Tok Selehor, Kg. Kok Pasir
  17. Sayangku, Kg. Paloh
  18. Al Falahiah, Pasir Pekan
  19. At Taqwa, Kg. Ana
  20. An Nur, Kg. Mak Neralang
  21. PASTI Kg. Berangan
  22. Wildanuzzahab, Kg. Pak Kerau
  23. Al Husna, Kg. Kelaboran
  24. At Taqwa, Kg. Lambor Delima
  25. As Syamsiah, Wakaf Bharu
  26. Ar Riadhah, Kg. Cenderong Batu
  27. PASTI Tok Wan Ali, Kg. Kutan
  28. Al Jamieyah, Kg. Tok Malik,
  29. At Tarbiah, Kg. Belukar
  30. Al Jihad, Kg. Kubang Batang
  31. PASTI Kg. Bunut Sarang Burung
  32. PASTI Kota Kubang Labu
  33. Al Husna, Kg. Alor Durian
  34. PASTI Kg. Baru, Pasir Pekan
  35. Ar Rahman, Bandar Tumpat
  36. Al Irsyad, Kg. Padang Rokma
  37. PASTI Kg. Kelong
Jumlah PASTI = 37, Guru = 73, Pelajar = 1,537

2. KAWASAN PENG. CHEPA

  1. Al Ahmadi, Kg. Tebing Tinggi
  2. Ar Rabbaniah, Kg. Sabak
  3. Al Haqq, Kg. Kedai Buluh
  4. Darul Anwar, Kg. Pulau Melaka
  5. Al Qiadah, Kg. Che Deris
  6. An Naim, Kg. Penambang
  7. Al Huda, Kg. Pulau Belanga
  8. Al Arsyadi, Kg. Panchor
  9. Al Hikmah, Kg. Jambu
  10. Al Sulha, Kg. Pengkalan Datu
  11. At Taqwa, Kg. Gelong Machang
  12. Al Hidayah, Kg. Belukar Pauh
  13. Raudatul Munawarah, Kg. Tapang
  14. An-Nur, Kg. Jaya Setia
  15. Al Hikmah, Kg. Kijang
Jumlah PASTI = 16, Guru = 42, Pelajar = 937

3. KAWASAN KOTA BHARU

  1. Al Mustaqim, Telipot
  2. Al Hidayah, Kg. Langgar
  3. Jaafariah, Kg. Pak Da Jaafar
  4. Ar Rahmah, Berek 12
  5. Al Manar, Wakaf Mek Zainab
  6. An Nur, Kg. Atas Banggol
  7. Al Qamariah, Kg. Sungai Keladi
  8. Al Ahmadi, Kg. Cherang
  9. Al Husna, Lorong Pak Dir
  10. Al Hikmah, Baung Bayam
  11. Az Zahrah Desa Rahmat
  12. Al Iqra, Kg. Kubang Tuman
  13. Fatimah Az Zahrah 1
  14. Fatimah Az Zahrah 2
  15. Ar Raudah, Kg. Lundang
  16. PASTI Muaz b. Jabbar
  17. Darul Qarar, Kg. Kubur Maras
Jumlah PASTI = 17, Guru = 36, Pelajar = 587

4. KAWASAN PASIR MAS


  1. Nurul Huda, Kg. Kubang Pandak
  2. PASTI Tmn Mekasar
  3. An Nur, Kubang Bemban
  4. Nurul Fadhilah, Kg. Paloh
  5. Al Ain, Kg. Bechah Tendong
  6. At Tajdid, Kg. Bunut Susu
  7. Al Muttaqim, Kg. Kubang Badak
  8. Al Mithali, Kg. Pengkalan Pasir
  9. At Taqwa, Kg. Padang Embun
  10. Al Hidayah, Tendong
  11. Al Hasaniah, Kg. Lemal
  12. Al Hikmah, Kg. Kelar
  13. An Nasihah, Kg. Kedondong
  14. Al Huda, Kg. Kubang Panjang
  15. Ar Rahman, Kg. Pondok Sipol
  16. Al Huda, Kg. Bechah Kelubi
  17. Al Hassani, Chabang 4 Chetok
  18. At-Taqwa, Kg. Galok
  19. At-Taqwa, Kg. Gelang Mas
  20. Al Hanan, Kg Tendong
  21. PASTI Kg. Banggol Ara
Jumlah PASTI = 21, Guru = 32, Pelajar = 653

5. KAWASAN RANTAU PANJANG
  1. Ar Rahmaniah, Kg Pondok Lati
  2. At-Taqwa, Kg. Tiang Chandi
  3. Al Hasanah, Kg. Banggol Setol
  4. Al Ukhuwah, Kg. Meranti
  5. Al Fitrah, Kg. Banggol Kulim
  6. Al Yaakobiah, Masjid Lati
  7. Raudatul Atfal, Kg. Pohon Buloh
  8. Al Huda, Taman Desa Johan
  9. Darul Ulum, Kg. Lubok Kawah
  10. Nurul Iman, Kg. Gual Periok
  11. Al Mukhlisin, Kg. Lubuk Tapah
  12. Al Hidayah, Kg. Repek
  13. Al Hidayah, Kg. Telaga Mas
  14. Al Iqra’, Kg. Kubang Chenok
  15. An Nur, Kg. Bukit Tandak
  16. Al Ihsaniah, Kg. Siram
  17. Fahada, Kg. Gual Tinggi
  18. Diauddin, Kg. Lubuk Setol
Jumlah PASTI = 18, Guru = 37, Pelajar = 717

6. KAWASAN KUBANG KERIAN
  1. PASTI Kg. Gong Dermin
  2. At Taqwa, Kg. Tini
  3. PASTI Kedai Mulong
  4. PASTI Nilam Baru
  5. As Salsabila, Kg. Wakaf Stan
  6. At Taqwa, Kg. Seribong
  7. An Nadwa, Kg. Kota
  8. Al Irfan, Kg. Telok Kandis
  9. PASTI Kg. Beta Hilir
  10. PASTI Kg. Seberang Pasir Mas
  11. At Taqwa, Kg. Terusan
  12. PASTI Kg. Derdap
  13. Raudhatul Ilmi, Kg. Lating
  14. PASTI Kg. Tanjung Stan
  15. Al Hikmah, Kg. Chepa
  16. Ittihad As Syakirin, Kg. Pasir To' Kambing
  17. PASTI Desa Wangi
  18. Ripas Al Mardhiah, Kg. Demit
  19. Al Ittihad, Kg. Salor
  20. PASTI Anak Soleh
  21. PASTI Binjai
  22. Al Husna, Kg. Jejulok
  23. Az Zawawi, Pondok Kenali
  24. PASTI Kg. Surau
Jumlah PASTI = 24, Guru = 56, Pelajar = 1,260 orang

7. KAWASAN BACHOK
  1. PASTI Kg. Pengkalan Haji Ali
  2. Al Yaakubiah, Kg. Nipah
  3. Ar Rahmaani, Kg. Repek
  4. Darul Islam, Kg. Tok Jawa
  5. Ar Rasyidin, Kg. Budi
  6. Al Muttaqin, Kg. Beris Tengah
  7. Darul Naim, Pekan Jelawat
  8. Al Iman, Kg. Kemudi
  9. Al Hidayah, Kg. Perupok
  10. Al Ittisom, Pekan Gunung
  11. Nurul Hidayah, Kg. Chap
  12. PASTI Teluk Kemunting, Tawang
  13. PASTI Kg. Bakong
  14. Nurul Ain, Kg. Permatang Piah
  15. Al Ehsan, Kg. Padang Luas
  16. An Nur, Kg. Teratak Pulai
  17. Al Hilal, Kg. Tok Belian
  18. Al-Muhammadiah, Kg. Pantai Damat
  19. Al Husna, Kg. Bator
  20. Al Falah, Kg. Padang Lati
  21. Al Intisar, Kg. Kuala Rekang
  22. Zinnur Ain, Kg. Beris Panchor
  23. Al Hidayah, Kg. Wakaf Aik
  24. Al-Muhammadiah, Kg. Pantai Senok
  25. Nur Iman, Kg. Kolam
  26. Al Barakah, Kg. Gelong Badak
Jumlah PASTI = 26, Guru = 44, Pelajar = 885 orang

8. KAWASAN KETEREH


  1. PASTI Kg. Membatu
  2. Ummi Kalthom, Kok Lanas
  3. An Nasuha, Kg. Gondang
  4. Bechah Keranji
  5. Nahdatul Ulum, Pauh Lima
  6. Darul Aiman, Peringat
  7. An-Nasihah, Seterpa
  8. Pondok Daril Naim
  9. Al-Rahimi, Kg. Sri Kulim
  10. Al Jabbah, Kg. Buloh Poh
  11. Ar-Rahman, Kg Batu Lapan
  12. Nur Hidayah Kg. Kor
  13. Abu Bakar, Kg. Kadok
  14. Pasir Golok
  15. Nurul Hidayah, Kedai Piah
  16. Ar Rahman, Beta Hulu
  17. An-Nur Pondok But
  18. Ya’acobiah Binjai
  19. Al Usrah, Kadok
  20. Ar-Rahmah Pangkal Kalong
  21. PASTI Kg. Dendang
  22. As Sa’adah, Kg Kuali, Kok Lanas
  23. PASTI Kg. Batu Tinggi
  24. Al Hassani, Ketereh
9. KAWASAN TANAH MERAH
  1. At-Taqwa, Bukit Gading
  2. An Najihin, Kg Domis
  3. An Najihin, Kg. Bukit Kecik
  4. Darul Ma'wa, Kg. Sokor
  5. Al Ansoriah Kemahang
  6. Al Mardhiah Bukit Peleting
  7. Al Hidayah, Bukit Mas
  8. An Naim, Bandar TM
  9. At Taqwa, Gual Ipoh
  10. Al Falah, Kg. Padang Siam
  11. As Solihi, Kg. Belimbing
  12. Darul Falah, Kusial Bharu
  13. Al-Munir Batang Merbau
  14. At Taqwa Bendang Nyior
  15. Al-Munir Batang Merbau
10. KAWASAN PASIR PUTEH
  1. Nurul Bayan, Cherang Ruku
  2. Ismailiah, Kg. Sungai Petai
  3. Nur Hidayah, Kg. Telaga Papan
  4. An Nas, Kg. Berangan, Selising
  5. Ar Rahmat, Tualang Rendah, Selising
  6. Darul Ulum, Pondok Kolam
  7. At Taqwa, Kg. Selising
  8. Darul Atfal, Kg. Bukit Tanah
  9. Darul Hikmah, Kg. Kelubi
  10. Al Hidayah, Pdg Pak Amat
  11. Al Ihsan, Kg. Bukit Awang
  12. Al Fitrah, Kg. Wakaf Raja
  13. Al Hidayah, Kg. Jeram
  14. Al Wahdah, Kg. Gong Kedak
  15. Tarbiyatul Atfal, Kg. Nering
  16. Darul Ulum, Kg. Saring
  17. Nur Iman, Kg. Batu Hitam
  18. An Nur, Kg Air Tawar
  19. PASTI Al Hannan
  20. Darul Atiq, Permatang Rambai
  21. Ummul Qura, Pasir Puteh
11. KAWASAN MACHANG
  1. PASTI Kg. Pek
  2. As Salam, Batu 30
  3. Al Jihad, Kg. Machang Luar
  4. Ar Rawi, Paloh Rawa
  5. Ar Rahmaniah, Limau Hantu
  6. Al-Iman, Kg. Belukar
  7. Darul Qarar, Kedai Labok
  8. Al-Tarbiyah, Kg. Rengas
  9. At Taqwa, Kg. Bukit
  10. Masjid batu, Pulai Chondong
  11. Ar Rahman, Dusun Buluh
  12. Pondok Hidayah
  13. PASTI Kg. Kaabah
  14. Wahdatul Ummah, Temangan
  15. Al Fatah, Kg. Labok
  16. Al Barakah, Tualang Kudong

12. KAWASAN JELI
  1. Nurul Aiman, Bandar Jeli
  2. Nurul Hidayah, Kg. Belimbing
  3. Nurul Ain, Kg. Gunong
  4. Al Huda Kg. Legeh
  5. An Nur, Kg. Gemang
  6. Al Ma’wa, Lubuk Bongor
  7. Al Firdaus Bukit Jering, Jerimbong
  8. Nurul Ikhwan, Kg. Sungai Satan
  9. Nurul Iman Lakota
  10. Nur Syamilah Chedok
  11. Nurul Ehsan Ayer Lanas
  12. Nurul Fatihah Bkt. Berangan
  13. Nur Fatihah, Kg. Kuala Balah
  14. Nurul Amri, Kg. Kalai
  15. Al Amin, Kg. Rosing Berdang
  16. Nur Iman, Kg. Ayer Chanal
  17. Ummul Aqilah, Kg. Jedok
  18. Al Rohaniah Kubur Datu
  19. Al-Hidayah, Panglima Bayu
13. KAWASAN KUALA KRAI
  1. Darul Quran, Batu Mengkebang
  2. Ar Rasyad, Kg. Kenor
  3. Nur Islam, Pasir Kelang
  4. Nur Falahiah, Kg Sungai Sok
  5. As Shobri, Manek Urai Baru
  6. Al Hadi, Kg. Slow Mengkuang
  7. Darul Hijrah, Kg. Ragu
  8. Nuruddin, Sungai Pas
  9. Nur Hidayah, Kg. Slow Machang
  10. Desa Taqwa, Kg Telekong
  11. Al Ummah, Guchil 07
  12. An Nur, Kg. Batu Jong
  13. Al Aziz, Kg. Sri Jaya, Dabong
  14. Nurul Hidayah, Kg. Kandek
  15. Nurul Huda, Jelawang, Dabong
  16. Al Amin, Kg. Kemubu, Dabong
  17. At Taqwa, Kg. Batu Balai
  18. Nurul Hidayah, Kg.Bahagia
  19. Az Zahra, Kg. Pahi
  20. Nurul Taqwa Chenulang
  21. Ar Rahman, Sungai Durian
  22. Ar Ridhuan, Kg. Sungai Peria
  23. Al Hidayah, Manek Urai Lama
  24. Al Jihad, Chuchuh Puteri
  25. Al Ubudiah, Kg Laloh
  26. Al Ikhlas, Kg. Dabong
14. KAWASAN GUA MUSANG
  1. Al Akhlaq, Bandar GM
  2. Al Falaq, Sg. Terah
  3. At Taqwa, Renok Baru
  4. Bustanul Arifin, Jeram Tekoh
  5. Chiku Satu
  6. Chiku Tiga
  7. PASTI Kg Chiku Tujoh
  8. Paloh Tiga
  9. Al-Hidayah, Kg. Limau Kasturi
  10. Al Barokah, Kg. Bertam Baru
  11. Al-Ehsan, Kg. Jerek Baru
  12. Ar Raihan, Kg. Kelasa
  13. PASTI Kg Paloh 02
  14. An-Nadia Kg Lalang
  15. An Najah, Kg. Lepan Jaya

KURSUS PERSIJILAN 2006

23 - 28 November 2006, Pusat Latihan PASTI, Kedai Buluh, Jln PCB

Dengan bermotifkan untuk m
emberi pendedahan kemahiran P&P, bimbingan ilmu dan tatacara kepada guru-guru PASTI, maka Kursus Persijilan Guru PASTI telah diadakan di Pusat Latihan PASTI, Kedai Buluh. Penyertaannya cukup menggalakkan dimana telah melibatkan seramai 70 orang guru PASTI dari seluruh kawasan parlimen negeri Kelantan.



SELAMAT BERKURSUS

Bicara Pengarah..


“ Adalah di harapkan melalui sistem pendidikan pra sekolah PASTI akan dapat merealisasikan visi pendidikan islam bagi mewujudkan modal insan yang penting bagi negara kita. Untuk itu, mampukah kita menjadikan pendidikan PASTI sebagai pilihan utama kepada masyarakat dan bukan lagi bersifat pilihan terakhir? Jesteru itu, sama-samalah kita menyahut seruan dan menggalas cabaran selaras dengan resolusi Pemerkasaan Pendidikan PASTI 2005-2011”

YB Mohamad Zaki Ibrahim
Ihtifal PASTI Pusat, PUTIK, 30-01/07/06

Majlis Perjumpaan Ibubapa

06 Februari 2007,
PASTI Nuruddin, Sg. Pas, Kuala Krai telah berjaya mengadakan Majlis Perjumpaan Ibubapa dengan dihadiri 70 org, yang terdiri daripada ibubapa & J/Kuasa PASTI tersebut. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YBrs. Sdr Mokhtar Ismail, Setiausaha Kerja, Jabatan PASTI Negeri Kelantan. Program yg julung kali diadakan telah mendapat sambutan baik daripada masyarakat sekitar. Selain dari itu, Majlis Dialog juga diadakan bersama ibubapa bagi mendapat maklumbalas tentang kehendak & hasrat ibubapa terhadap pembelajaran anak mereka di PASTI tersebut.

Bengkel Rancangan Mengajar

20 Jan 2007, Kedai Buloh - Menyedari pentingnya menyediakan buku rancangan mengajar PASTI, maka baru-baru ini telah diadakan Bengkel Rancangan Mengajar di Pusat Latihan PASTI, Kg. Kedai Buloh, Kota Bharu yg melibatkan 30 orang guru pakar & MGP dari seluruh kawasan.

Majlis Guru PASTI Negeri Kelantan (MGPNK 2007)

PENGERUSI
Puan Rashidah bt. Abdullah
TIMBALAN PENGERUSI
Puan Che Jawahir bt. Daud
SETIAUSAHA
Cik Rohani bt Awang Lah
BENDAHARI
Cik Hasni bt Hanafi
PEN. SETIAUSAHA
Wan Normila bt Wan Mahmud

AJK

1. Narizam Yusoff
2. Hasnah Abdullah
3. Safinah Ibrahim
4. Jamilah Salleh
5. Morni bt Zakaria
6. Hasmizon bt. Hanafi
7. Ramlah bt. Bidin
8. Timinah bt. Jusoh

Nisa' Games - For All







Sukan Wanita Malaysia (NISA’ GAMES) yang julung kali diadakan akan berlangsung di Kota Bharu Bandar Raya Islam, pada 29-30 Muharram 1428H (17 - 18 Feb 2007). Program ini merupakan anjuran bersama Kerajaan Negeri Kelantan, MPKB-BRI dan Nisa’ Malaysia. Jabatan PASTI Kelantan turut terlibat dalam menjayakan program tersebut sebagai urusetia penginapan kpd peserta dari seluruh negeri.

Antara PASTI Cawangan yang terlibat ialah :
*Asrama, Pusat Latihan PASTI, Kedai Buluh
*PASTI Kg. Penambang, Pengkalan Chepa
*PASTI Cawangan Kg. Kota, Kbg Kerian
*Al Arsyadi, Kg. Panchor, Pengkalan Chepa
*Al Falahiah, Pasir Pekan, Tumpat

Smart Learning


09 FEB. 2007, JUMAAT, KOTA BHARU

Naib Presiden PAS, Dato' Dr Hasan Ali, akan turun padang ke program Smart Learning untuk pelajar islam di Pusat Latihan PASTI, Kg. Kedai Buluh, Jalan Kuala Besar, Kota Bharu, anjuran Akedemi Keluarga Bahagia (AKRAB) sebuah
organisasi professional dibidang pembangunan dan pendidikan keluarga di bawah kelolaannya. Untuk maklumat lanjut sila kunjungi website AKRAB.http://www.familikusayang.com

INFO ....


PUSAT LATIHAN PASTI KELANTAN

Lokasi : Kg. Kedai Buluh, Jalan Kuala Besar, Kota Bharu

Hubungi kami sekiranya anda memerlukan tempat penginapan, seminar & kursus yang kadar sewa termurah dengan kapasiti 100 - 200 peserta dalam satu masa. Antara kemudahan yg terdapat ialah, dewan seminar, bilik kuliah yg berhawa dingin, dewan makan, bilik rehat & musalla.
Hanya 10 minit dari bandar Kota Bharu.