Demi kepentingan politik, pendidikan kanak-kanak dikorbankan.

27 Feb 2007, Lundang, Kota Bharu
Nasib malang telah menimpa anak-anak yg dahagakan pendidikan islam di sekitar Kg. Lundang, Kota Bharu, apabila tempat mereka menuntut ilmu telah diarahkan berpindah serta-merta oleh pemilik bangunan yang disewa oleh PASTI Ar Raudhah.
Peristiwa malang ini berlaku selepas AJK JIBG PASTI tersebut telah mengadakan program perjumpaan ibubapa pada hari sabtu 3hb Februari 2007, yang turut di isi dengan tayangan video anti dadah, ceramah motivasi & lain-lain. Menurut sumber AJK PASTI, arahan berpindah dibuat kerana pemilik bangunan tersebut tidak senang dgn kehadiran salah seorang Exco Kerajaan negeri untuk merasmikan majlis tersebut.
Atas inisiatif dan tindakan cepat AJK berkenaan, PASTI tersebut telah mendapat bangunan baru di tempat berhampiran.