MENDIDIK ANAK (PASTI) BERHARI RAYA

Alhamdulillah.. Syawal tiba lagi untu kesekian kali. TIDAK dinafikan bahawa kanak-kanak adalah golongan yang paling seronok setiap kali Hari Raya menjelang tiba. Bagi mereka yang kita latih tanpa jemu belajar berpuasa : Hari Raya adalah kemuncak kesyukuran kerana berjaya menyempurnakan ibadah yang menjadi salah satu tunjang Rukun Islam.

Ditambah lagi budaya menyambut Hari Raya di negeri kita yang cukup meriah, menyemarakkan lagi perasaan gembira di hati kanak-kanak.

Di Hari Rayalah mereka akan berpeluang memakai baju serba baru, makan pelbagai juadah istimewa seperti ketupat, lemang, rendang, dan kuih raya, mengutip raya pelbagai warna, mengikuti keluarga menziarahi rumah sanak saudara dan sahabat handai, namun tak kurang juga menghabiskan masa dengan menonton rancangan Hari Raya yang pelbagai di televisyen. :(

Sebenarnya, mereka perlu dibimbing dan difahamkan akan konsep bersederhana menyambut Hari Raya mengikut lunas-lunas Islam. Dalam hal mendidik kanak-kanak menyambut kejayaan mengembalikan fitrah yang suci di Hari Raya ini, ia tidak sepatutnya disulamkan dengan unsur- unsur negatif. Misalnya :-

1. Mewah berbelanja untuk kelengkapan rumah dan pakaian

2. Leka menonton hiburan di televisyen

3. Terlalu banyak makan dan membazir

4. Alpa melaksanakan solat

5. Bermain mercun dan sebagainya.

Mereka perlu diasuh untuk meneruskan kesinambungan amal ibadah tidak kira yang bersifat khusus atau umum yang dilaksanakan semasa bulan Ramadan pada bulan-bulan yang berikutnya. Ibadat khusus seperti berpuasa boleh diteruskan dengan puasa sunat enam hari di bulan Syawal. Begitu juga dengan amalan Qiamullail.

Amalan-amalan mulia seperti :-

1. Berzikir

2. Hadiri majlis ilmu

3. Berjimat cermat dalam berbelanja

4. Bersedekah

5. Membantu orang yang tidak berkemampuan, berziarah, hormat kepada orang tua dan sebagainya adalah ibadah umum yang perlu disuburkan dalam diri kanak-kanak.

Tujuannya supaya mereka faham akan konsep ‘amal makruf, nahi mungkar’ iaitu memperbanyakkan amalan yang mulia dan meninggalkan perbuatan yang dilarang. Teguhnya peribadi mulia kanak-kanak yang dibentuk sepanjang bulan Ramadan tidak akan bermakna jika kita sebagai ibu bapa, penjaga ataupun kita sebagai guru PASTI, pendokong PASTI tidak turut sama menunjukkan contoh yang baik sebagai ikutan mereka.

Salam Lebaran 1430



EID MUBARAK


ASSALAMUALAIKUM..

KHAS BUAT WARGA PASTI SELURUH NEGERI KELANTAN!

Di bulan yang mulia ini, Kami ingin mengambil kesempatan untuk memohon maaf diatas segala ketelanjuran kata-kata mahupun perbuatan yang mungkin ada menyinggung hati dan perasaan mana-mana pihak!

Kepada semua pejuang PASTI segenap lapisan, baik di kawasan mahupun cawangan, baik AJK mahupun guru, baik yang dibelakang tabir mahupun ibubapa anak-anak PASTI....
Terima kasih di atas sokongan semua demi untuk terus memartabatkan pra sekolah PASTI ini !

Akhir sekali......
"Selamat Menyambut Aidilfitri" dan "Maaf zahir dan batin".....

Salam Takzim daripada :-
  • YB Pengarah & ALP PASTI Negeri
  • Majlis Guru PASTI Negeri
  • Majlis Guru Pakar Negeri
  • Kakitangan PASTI Negeri