4-5 April 2008
Jabatan PASTI Negeri Kelantan, Majlis Guru PASTI dan Guru Pakar sekali lagi mengembeling tenaga bekerjasama bagi menjayakan Program Tamrin Qiadi MGP Siri 1/2008 yang telah di adakan di Sudara Beach Resort, Kg Telong, Bachok baru-baru ini.
Program selama 2 hari 1 malam berkenaan telah disertai oleh seramai 60 org guru PASTI dari seluruh negeri Kelantan yang juga terdiri daripada guru-guru yang telah lama mengajar. Rata-rata peserta yang hadir memberikan reaksi yang baik dengan adanya kursus sebegini. Pelbagai slot telah di susun seperti, qiamullail, tazkirah subuh, motivasi dan bengkel pengajaran yang dikendalikan sepenuhnya oleh MGP negeri dan guru pakar.

Majlis penutup telah di sempurnakan oleh Pengarah PASTI Kelantan, YB Mohd Zaki Ibrahim. Dalam ucapannya, beliau menyeru agar guru-guru terus komited dengan tugasan di PASTI walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran & dugaan. Wallahua'lam.