NURUL ANIRA...APAKAH DOSAMU?


Kenapa & mengapa manusia kini semakin kejam?
Kisah penculikan dan pembunuhan Nurin Jazlin dah lama berlalu tapi masih terpahat dalam ingatan kita. Ianya antara pembunuhan yang amat kejam berlaku dewasa kini, apakah dosa gadis comel itu? Nyatanya kini manusia sudah hilang pertimbangan dan keimanan dalam diri . Terbaru pula kisah penculikan adik Sharlinie yang masih lagi tidak di jumpai. Sedarlah, dunia kini sudah tidak selamat lagi.

Isnin, 14 Apr 2008

JELI, Seramai 10 orang ahli rombongan yang terdiri daripada kakitangan PASTI negeri, MGP negeri & AJK PASTI Kawasan Jeli telah menziarahi keluarga adik Nurul Aina bt Rosik, murid PASTI Al Ma'wa, Lubuk Bongor, Jeli yang juga merupakan adik kandung kepada Allahyarham Nurul Anira bt. Rosik, 17 tahun yang telah menjadi mangsa bunuh & rogol kira-kira 500 meter dari rumahnya di Kg. Chegar Bedil, Jeli.

Kisah ngeri yang menimpa mangsa telah mendapat liputan meluas media tanahair baru-baru ini. Mayatnya yang ditemui berada dalam keadaan separuh bogel dengan tangannya diikat menggunakan akar pokok dan kain tudung dan diliputi daun-daun buluh, ranting kayu serta terdapat beberapa kesan calar pada tubuhnya.

Allahyarham dikatakan sering berulang alik ke Sekolah Menengah Jeli (1) dengan menaiki bas yang jaraknya kira-kira 30 kilometer sebelum berjalan kaki ke rumahnya kira-kira satu kilometer. Sementara itu, pihak rombongan PASTI juga telah menyampaikan sedikit sumbangan dan mendoakan agar keluarga mangsa tabah menghadapi ujian tuhan ini. Wallahua'lam.