MUNAJAT PERTAHANKAN KELANTAN

Jumaat, 15 Safar 1429
(22 Feb 2008, 9.00 pagi)

PUTIK, Peng. Chepa.
KOTA BHARU

Seramai 500 orang guru PASTI dari seluruh negeri Kelantan telah berhimpun di Dewan Utama, Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa untuk menunaikan solat hajat, bermunajat dan bersimpuh mengadu memohon pertolongan Allah SWT bagi mempertahankan kerajaan islam yang tercinta ini.

Solat hajat tersebut telah diimamkan oleh Ketua Pegawai Halaqat Kelantan, Ustaz Mohamad Mustafa. Selain solat hajat, majlis berkenaan turut diisi dengan alunkan zikir dan doa khas munajat yang turut dipimpin oleh beliau.

Program tersebut merupakan anjuran Jabatan PASTI Kelantan dengan kerjasama Majlis Guru PASTI (MGP) negeri.



Sementara itu, beberapa orang guru PASTI yang ditemui melahirkan harapan tinggi agar program seumpama ini dapat diteruskan sepanjang masa kerana disamping bermunajat kehadrat Ilahi, guru-guru juga dapat mengeratkan ukhuwwah sesama sendiri yang telah sedia terjalin selama ini.