PSIKOLOGI KANAK-KANAK

MASALAH KOMUNIKASI
  • Guru wajib memberikan perhatian yang khusus bila diperlukan.
  • Pamerkan kasih sayang dengan jelas & memuji mereka secara khusus serta ikhlas.
  • Berikan hadiah & penghargaan dengan kerap.
  • Hormati kawan-kawan mereka & kongsi perasaan bersama mereka
  • Kongsi hobi serta lakukan sesuatu yang istimewa untuk dia.
  • Bentuk suasana komunikasi yang selesa.
KEISTIMEWAAN
  • Kenali serta nyatakan ciri istimewaanya
  • Galakkan mereka beri pandangan dan cadangan.
  • Terima dan hargai walaupun ada kesilapan dan kelemahan.
  • Beri peluang untuk mereka mencuba atau bertindak secara unik.
  • Hormati barangan kepunyaan walaupun sebatang pensil
KEYAKINAN DIRI MURID
  • Bantu mereka meningkatkan kemahiran berkomunikasi & galakkan beri pandangan.
  • Dengar cerita murid serta suruh ceritakan pengalaman hidupnya setiap hari.
  • Libatkan mereka dalam merangka peraturan sekolah serta dalam menyelesaikan masalah.
  • Hormati ketrampilan mereka dan sentiasa ingat bahawa dia sedang belajar.