KAEDAH TERBAIK PENDIDIKAN AWAL

PENDIDIKAN dan pembelajaran adalah merupakan suatu yang amat menyeronokkan kalau kena dengan caranya. Bagi memastikan ianya mencapai matlamat, prosesnya perlulah berterusan sejak dari kecil hinggalah ke akhir hayat. Justeru itu, ibu bapa sebagai guru yang pertama perlulah memastikan anak mereka diberikan pendidikan yang sempurna dan bukannya hanya memikirkan soal kemewahan kepada anak semata-mata. Islam sebenarnya sudah menggariskan dengan terperinci kaedah pendidikan awal yang sewajarnya diikuti ibu bapa mahupun guru PASTI dalam mendidik anak-anak :
  • Ajar mereka makan dengan tangan kanan, baca doa, ambil makanan yang paling dekat, jangan mendahului orang lain.
  • Jangan gelojoh, kunyah dengan baik dan jangan kotori pakaian.
  • Latih mereka supaya tidak bermewah-mewah dalam makanan
  • Didik anak-anak membiasakan memakai pakaian berwarna putih, kerana putih itu fitrah
  • Pilihlah kawan yg terbaik untuk mereka.
  • Tanamkan minat membaca al-Quran dan buku-buku
  • Jauhi daripada tv, hiburan & nyanyian yang melalaikan
  • Puji apabila mereka melakukan perbuatan yang baik dan akhlak mulia sebagai ransangan.
  • Biasakan anak-anak hidup secara sederhana
  • Ajari mereka supaya tidak meludah & bersin dengan tidak terkawal
  • Cegah daripada banyak berbicara, kecuali yang bermanfaat atau berzikir kepada Allah.
  • Elakkan anak-anak daripada banyak bersumpah atau mencarut
  • Saat usia tujuh tahun, perintahkannya bersolat dengan sebaiknya.
  • Biasakan mereka supaya mentaati orang tua dan guru