SEMINAR PENGAJARAN 5 MIM

PUSAT LATIHAN PASTI, KEDAI BULUH, 20 Mei - Demi mempertingkatkan lagi kreativiti & memperkayakan teknik mengajar bagi kanak-kanak pra sekolah, maka Jabatan PASTI negeri Kelantan telah menganjurkan Seminar Pengajaran 5 Mim.


Ianya melibatkan penyertaan seramai 50 orang yang terdiri daripada Majlis Guru PASTI negeri, kawasan & Majlis Guru Pakar. Seminar berkenaan bertujuan untuk memberi pendedahan & kemahiran kepada guru-guru PASTI dalam proses mengajar, mendidik dan mengasuh para pelajar dengan cemerlang.

Program berkenaan bermula 3.00 petang dan berakhir pukul 5.00 petang. Ianya dikendalikan oleh 2 orang pensyarah terkemuka daripada salah sebuah universiti yang tersohor di tanahair. Para peserta juga telah didedahkan dengan ilmu pedagogi bagi memenangi hati & perasaan kanak-kanak.