Jabatan PASTI Negeri Kelantan telah melangkah setapak lagi dalam memartabatkan pendidikan pra sekolah PASTI dengan mempelopori serta memperkenalkan Kelas Asas Bahasa Mandarin untuk pelajar-pelajar PASTI. Sekaligus ianya menafikan tanggapan bahawa PASTI hanya menitikberatkan soal pengajaran dalam bidang agama sahaja dengan mengenepikan pendidikan akedemik, walhal adalah sebaliknya. Kelas perintis tersebut buat julung-julung kali diadakan di PASTI Darul Naim, Jelawat, Bachok. Ianya diadakan 2 kali seminggu bermula jam 9.00 - 10.00 pagi dan dikendalikan oleh seorang guru berbangsa melayu yang dijemput khas . Sebagai permulaan, kelas ini hanyalah melibatkan seramai 45 org pelajar 06 tahun sahaja dan ianya mendapat sambutan yg cukup menggalakkan daripada pelajar & ibubapa amnya.