SALAM EIDULFITRI 1431


Assalamu’alaikum w.b.t.


Salam Eidulfitri buat semua..


Saban tahun Eidulfitri disambut meriah, bagi merayakan kejayaan semua setelah sebulan menahan lapar dan dahaga menjunjung titah Yang Maha Kuasa. Atas semangat juang bertarung dengan hawa nafsu, hati-hati kita suci dari segala noda. Lantas, kesucian ini mestilah diterjemahkan dengan tingkah laku yang berpaksi titah Yang Maha Kuasa.


Buat seluruh warga PASTI Negeri Kelantan, usahlah takut dengan kemegahan istana kebatilan kerana ia akan hancur berderai apabila tiba ajalnya. Rintihan murni yang sentiasa membara dalam sanubari kita ini pasti akan didengari oleh Yang Maha Kuasa. Saya yakin dan percaya,jika ditakdirkan kita keluar bahtera sekalipun, namun kita mestilah memastikan diri sentiasa menjadi pejuang islam dan menjadi pendokong dalam arus kebangkitan perubahan negara yang lebih selamat ini. Bahkan kita mesti menjadi tentera-tentera yang berada di barisan hadapan dalam mempertahankan hak dan milik kita. Kerana kita dilahirkan untuk mempertahankan keadilan Islam dan menyanggah setiap ketidakadilan dan kepincangan yang berlaku disekeliling kita ini.


Akhir kata,Salam sayang dan Salam Eidulfitri dari saya buat semua. Kita rakyat bermaruah, melangkah gagah melakar sejarah.


Selamat Hari Raya Eidulfitri Maaf Zahir & Batin.


Sekian.

SUK PASTI Negeri Kelantan

07/09/2010