Marhaban Ya Ramadhan,,

Assalamualaikum Warahmatullahiwabarakatuh..

Bersyukur kepada Allah S.W.T kerana kita masih diberi peluang untuk berada dan beramal dalam bulan Ramadhan yang telah kita sedia maklum,merupakan bulan yang amat banyak kelebihannya. Marilah kita tingkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah SWT dengan melaksanakan segala suruhanNYA disamping meninggalkan semua larangan.

Marilah sama-sama kita bersegera melakukan sebanyak mungkin kebajikan untuk menyelamatkan diri dari terjerumus ke dalam Neraka yang disediakan kepada mereka yang sentiasa menangguhkan amalan kebajikan.

Akhir sekali marilah kita sama-sama mempertingkatkan bacaan Al-Quran, menghayati serta amalkan bersungguh-sungguh agar segala usaha kita lakukan ini sebagai amalan jariah yang akan menambahkan lagi ganjaran pahala disisiNYA..

Ramadhan kembali dengan penuh berkat,

Selamat Berpuasa Kepada Muslimin Muslimat,

Sekian,Wassalam.

25 Tahun PASTI Memimpin Perubahan

Setiausaha Kerja PASTI Negeri Kelantan