ANTARA HIJRAH & MASIHI

HIJRAH DALAM TAHUN BARU




Dari segi bahasa “ Al Hijarah” merupakan isim dari fi’il hajara, yang membawa erti ‘dhidd al washl’( Berubah atau lawan maksud tetap/sama)

Manakala “ Al-Muhajirah min ardh ila ardh” (berhijrah dari satu negeri ke negeri alin) bermaksud “ tark al-ula li ats tsaniyyah” (meninggalkan negeri pertama menuju ke negeri kedua).
(Imam Al Razi, Mukhtarash Shihah, M/S 690 Imam Qurtubi, Tafsir Al Qurtubi, III/48)

Secara umumnya, ‘ Al Hijrah’ membawa maksud berpindah (al-intiqal) dari satu tempat/keadaan ke tempat atau keadaan lain; tujuannya adalah meninggalkan yang pertama menuju yang kedua.

Dari segi syara’ “Al Hijarah” adalah meninggalkan negeri kufur (Darul kufur) ke negeri Islam(Darul Islam) . ( Al jurjani, At Ta’rifat, I/83)

Hijrah Nabi Muhammad SAW

Jika ditinjau dari kitab-kitab sirah, kita dapat menyimpulkan kerana mendapat tentangan yang hebat (mental dan fizikal) dari kaum Quraisy ke atas kaum muslimin ketika itu mendorong Nabi dan para sahabat berhijrah ke Madinah seraya memenuhi wahyu yang diturunkan. Di Madinah kaum muslimin telah menemui keamanan dan perlindungan kerana mereka telah mendapat nushrah (bantuan) .


“Maka sampaikanlah olehmu secara terang-terangan segala apa yang diperintahkan (kepadamu) dan berpalinglah dari orang-orang musyrik.” (surah Al-Hijr:94)


Hijrah Kita Saat ini

Bagaimana hijrah kita saat ini? Jika diperhatikan setiap tahun kita akan diberi satu hari cuti sempena Maal Hijrah. Berbagai agenda telah diatur dari peringkat kampung-kampung hingga ke peringkat kebangsaan. Biasanya pada 1 Muharram kita akan dapat melihat majlis perarakan Maal Hijrah di merata tempat, tidak kurang juga di televisyen dan dicorong-corong radio berkumandang lagu-lagu nasyid serta penyampaian anugerah kepada tokoh Maal Hijrah setiap kali sambutan Maal hijrah pasti ada slogan yang dilaungkan. Tetapi hakikatnya slogan hanya tinggal slogan hijrah nabi sekadar untuk dikenang sepanjang zaman.

Dalam realiti kini kita mengakui bahawa Negara ini masih terbelenggu dengan sistem non syariah. Jadi adalah mustahil untuk kita berhijrah ke tempat lain kerana masih belun ada di dunia ini sebuah Negara islam yang sebenarnya yang melaksanakan sistem khilafah yang ada hanyalah Negara yang meletakkan Islam hanya sebagai tempelan belaka.Oleh itu hijrah dalam konteks berpindahnya kaum muslim dari Darul Kufur menuju Darul Islam hanya akan terlaksana apabila ditengah-tengah kaum muslim berdirinya Khilafah Islamiyah. Oleh itu hijrah dalam keadaan sekarang bagi kita adalah dengan melanjutkan kembali Kehidupan Islam dalam diri setiap individu, masyarakat dan Negara. Ini dapat kita lihat seorang muslim yang tidak berhijrah tanpa alasan syar’i ibaratkan seperti tidak peduli terhadap agamanya. Muslim sejati adalah yang sentiasa peka terhadap kesempurnaan ibadahnya kepada Allah swt. Jika dia menyedari bahawa perbuatan dan muamalahnya bertentangan dengan syariah Islam atau akan menjerumuskan dirinya pada kenistaan dia akan segera meninggalkan semua itu dan berpindah kepada perbuatan dan muamalah islami. Begitu juga jika ia hidup dikelilingi oleh kekufuran dan kemaksiatan ia berusaha untuk mengubah keadaan masyarakat yang kufur itu menuju masyarakat yang islami. Bukan hanya menunggu-nunggu tegaknya Daulah Islamiyah di tempat lain untuk dia berhijrah.

Kesimpulannya, hijrah diperingkat individu adalah dengan menjadikan aqliyah (pola fikir) dan nafsiyahnya (pola sikap) islamiyah. Manakala hijrah masyarakat yang kufur kepada masyarakat yang islami dan hijrah Negara adalah dari system sekular kepada sistem Khilafah Islamiyah. Justeru sebagai entiti masyarakat muslim kita seharusnya mewarisi perjuangan nabi saw yang berhijrah demi melanjutkan kehidupan Islam dan membina Negara Islam pertama di Madinah dengan cara berjuang menegakan kembali kekuasaan Islam (Khilafah Islamiyah) . Ayuh sahabat kita bergading sama!!