MENDIDIK MURID PASTI TENTANG ERTI PERSAHABATAN


Oleh :- e_where2006@yahoo.com

Assalamualaikum...

Tahniah kepada PASTI Kawasan Kubang Kerian, Ketereh & Kota Bharu kerana berjaya muncul di alam blog. Semoga kawasan lain demikian juga. :)

1. http://pastikbgkerian.blogspot.com
2. http://pastikb.blogspot.com
3. http://pastiketereh.blogspot.com
_______________________________________________________________________

MENDIDIK MURID PASTI TENTANG ERTI PERSAHABATAN

Suatu ketika dahulu, sewaktu anak saya masih di bangku PASTI, dia pulang dari sekolah sambil meremas -remas kertas lukisannya, ketika ditanya mengapa?
Dia menjawab "tiada apa- apa" sambil memuncungkan mulut. Tapi, akhirnya setelah dipujuk, dia mula bersuara dengan mengatakan rakannya mengeji hasil lukisannya yang teruk. Tak cantik.

Kemudian saya mula jelaskan ;- bahawa rakannya hanya mengutuk lukisan, bukan mengeji dirinya. Setiap orang mempunyai hak untuk memberikan pendapatnya dan kita haruslah saling mengasihi satu sama lain.

Sikap rakannya itu adalah sesuatu yang normal. Seorang pakar psikologi kanak-kanak telah menerangkan bahwa anak-anak seusia ini hanya mementing dan memusatkan segala sesuatu pada diri sendiri, tetapi bukan bererti mereka mahu menang sendiri. Ini kerana mereka masih kecil dan tidak sensitif terhadap perasaan orang lain. Kemampuan ini harus diajarkan oleh ibubapa mahupun guru PASTI khasnya.

Langkah berikut mungkin boleh membantu :-

PERANCANGAN.
Anak-anak seusia ini tidak dapat mengatur atau bergaul dengan rakannya, jadi guru PASTI seharusnya menyediakan situasi sosial yang berbeza. Situasi sosial seperti, aktiviti kokurikulum, bersukan, solat berjemaah dan sebagainya. Kesemuanya itu akan membentuk suasana yang nyaman dan selesa untuk mereka. Untuk pertama kali, mereka akan waspada, namun lama kelamaan mereka mulai untuk memberikan respon kepada rakannya. Kita hanya perlu mendorong mereka untuk memiliki hubungan persahabatan.

SENGAJA MENCIPTA SUASANA.
Sengajakan meninggalkan mereka di suatu ruangan untuk bermain, sedangkan guru ataupun ibubapa duduk di ruang lain yang dekat dengan mereka, sambil mendengar dan mengawasi mereka. Mereka memerlukan pengajaran dan bimbingan untuk bermain dengan jujur dan berkompromi. Contohnya, jika mereka berebut permainan maka kita perlu membahagikannya dengan adil, satu -persatu. Hal ini akan mengajarkan mereka tentang konsep keadilan kepada mereka.

MENCONTOHI
Anak-anak kita amat mudah belajar meniru atau mencontohi sesuatu. Bagaimana sikap kita terhadap rakan kita sendiri? Jika kita berbicara tentang rakan kita, maka anak kecil tadi akan mendengar dan mengikuti sikap kita terhadap rakan kita sendiri.

BERSABAR
Akhirnya, sabarlah dengan mereka dan jadilah teman permainannya, walaupun di PASTI ataupun di rumah. Ianya membantu untuk mengurangi "stress" (tekanan) dengan bersemuka dengan mereka. Merasai apa yang mereka rasa. Ini akan menjadi suatu proses yang menyenangan bagi mereka dan bagi anda sendiri.
Wallahua'lam.

K4T

BISMILLAHIRRAHMAANIRRAHIM..

Alhamdulillah, Program Pendidikan Kelas 4 Tahun (K4T) di Kelantan telah merekodkan penambahan pelajar yang semakin meningkat untuk sesi pengajian 2009 sejak ianya di perkenalkan oleh Jabatan PASTI Pusat sedikit masa lalu.

Sambutan ibubapa juga semakin menggalakkan. Kebanyakan mereka kian menyedari betapa pentingnya memberikan pendedahan awal pendidikan kepada anak-anak sejak dari umur 4 tahun lagi.

Sehubungan itu, bagi menjayakan lagi perlaksanaan K4T, pihak pengurusan PASTI Kelantan akan menganjurkan kursus berkenaan sebagaimana butiran berikut :-

TEMPAT : Pusat Latihan PASTI (PLPK)
TARIKH : 7, 8 & 9 Mei 2009
PENYERTAAN : 100 orang guru.

Wallahua'lam

INFO TERKINI

ASSALAMUALAIKUM..

16 Mei 2009

Majlis Sambutan Hari Guru PASTI Malaysia 2009 akan diadakan di Hotel Emas, TB 2103, North Road, 91000, Tawau , Sabah

30 Mei 2009

Tarikh tutup pertandingan 3K PASTI Malaysia

27-28 Jun 2009

UNISEL, Selangor - Pesta Sukan PASTI Malaysia.

16-17 Okt 2009

Kota Bharu - Sambutan 25 Tahun PASTI Malaysia.

10-13 Dis 2009

Kursus Guru Pakar Ambilan 3 (Siri 1) - Ibu Pejabat PASTI Malaysia



PERTANDINGAN 3K & BENGKEL GUBAL SOALAN

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM.. Salam perjuangan buat guru-guru PASTI ..

PERTANDINGAN 3K

Kebersihan, keceriaan & keselamatan (3K) adalah merupakan antara elemen penting dalam islam. Persekitaran premis PASTI yang ceria, bersih & selamat akan memberi keselesaan bukan sahaja kepada murid PASTI bahkan juga kepada guru mahupun ibubapa. Ianya secara umum mengambarkan kecintaan serta kerjasama yang tinggi dikalangan warga PASTI, khasnya di cawangan terbabit.

Kenapa dikatakan demikian? Kerana keceriaan, keselamatan dan kebersihan PASTI adalah penting bagi meningkat mutu pendidikan disamping meningkatkan keselesaan kearah melahirkan insan yang seimbang dari segi emosi, rohani dan intelek.



Bagi mencapai maksud tersebut, Bahagian Penaziran PASTI Pusat menganjurkan pertandingan 3K peringkat pusat. Tarikh akhir penyerahan borang, gambar/CD bagi pertandingan tersebut ialah pada atau sebelum 30 Mei 2009 ini. Semoga pertandingan ini akan meningkatkan lagi penampilan dan kualiti PASTI dalam menawarkan perkhidmatannya kepada masyarakat.

BENGKEL PENGGUBALAN SOALAN PEPERIKSAAN

30 -31 Mac 2009, Jeram Mengaji, Selising, Pasir Puteh

Bengkel Penggubalan Soalan Peperiksaan telah diadakan baru-baru ini di Jeram Mengaji, Selising, Pasir Puteh yang telah melibatkan seramai 30 orang ahli panel penggubalan soalan :- terdiri daripada Majlis Guru PASTI negeri (MGP) & Guru Pakar. Setiap subjek matapelajaran pula terdiri daripada 4-5 orang panel.



Di samping itu juga, bengkel berkenaan diadakan bagi memberi panduan dan pendedahan kepada ahli yang belum pernah terlibat dengan penyediaan soalan peperiksaan.

Wallahua'lam.

PENDIDIKAN AWAL PENENTU KEJAYAAN


Oleh Mohd Ruduan Hasan

Kecemerlangan anak-anak PASTI adalah berpunca natijah daripada apa amalan dan bagaimana pengalaman yang mereka lalui semasa mendapat asuhan di PASTI. Pengalaman belajar di institusi pra sekolah akan tersemat dalam jiwa sanubari mereka. Kesan tarbiah atau pendidikan islam yang diterapkan dengan sebaiknya akan menjadi faktor penentu kejayaan mereka di masa depan.

Selain itu, amat penting juga disemai nilai-nilai keyakinan diri ke dalam diri mereka, kerana kajian telah mendapati bahawa anak-anak yang mempunyai masalah keyakian diri akan lebih mudah terbabit dengan salah laku pelbagai gejala sosial.

Guru-guru PASTI wajib peka terhadap perkara tersebut dan berusaha untuk menggalakkan pembinaan ‘izzah mahupun sakhsiah tunas-tunas PASTI. Berikut digariskan beberapa tips penting yang perlu diusahakan ke arah mencapai tujuan itu :-

1. ZAHIRKAN KASIH SAYANG.

Rangsangan peringkat awal ini penting dan tidak dapat diambil alih oleh rangsangan daripada barang atau benda. Sekiranya mereka rasa diketepikan dan tidak diterima, ianya jadi semakin sukar untuk membina keyakinan dan mempelajari sesuatu. Kasih sayang yang diberikan mesti tanpa syarat iaitu tanpa mengambil kira rupa paras dan kebolehan mereka.

2. BERLAKU ADIL

Guru perlu berlaku adil. Sikap pilih kasih boleh membunuh rasa hormat diri. Mereka akan berasa rendah diri dan terlalu sensitif. Renungkanlah sabda Rasulullah SAW yang bermaksud: “Samakanlah pemberian antara anak seperti kamu sekalian senang apabila mereka adil dalam berbakti yang sama kepada kamu sekalian (ibu bapa).” HR Muslim.

3. FAHAMI DUNIA & EMOSI MEREKA

Fahami dunia dan emosi murid-murid PASTI dengan menggalakkan mereka meluahkan perasaan dan berkongsi masalah. Mengemas buku, jaga kebersihan mungkin masalah besar bagi mereka, namun dengan adanya perhatian dan galakan, mereka akan dapat selesaikan masalah tersebut dengan yakin.

4. JELAS, BERTERUS TERANG

Niat perlu jelas dan tanpa ego apabila membetulkan kesilapan. Guru yang sepatutnya membetulkan ‘perbuatan’ salah laku mereka, bukan diri mereka sendiri. Apabila mereka menconteng buku, jelaskan bahawa perbuatan itu akan merosakkan buku. Elak memarahi dengan mengatakan mereka nakal. Dengan cara ini, mereka akan belajar kenapa sesuatu perbuatan itu tidak boleh dilakukan dan tidak tersalah anggap bahawa diri mereka tidak disukai.

5. TETAPKAN PERATURAN DAN TERANGKAN

Tetap dan jelaskan peraturan yang diberikan kepadanya. Mereka akan belajar daripada pengulangan. Jangan rasa marah dan letih untuk mengulangi peraturan yang sama saban hari kerana inilah cara mereka belajar mengingati sesuatu. Dalam menetapkan peraturan juga, kita mestilah konsisten dan tidak selalu menukar peraturan, misalnya mereka mungkin tidak akan belajar cara membuang sampah yang betul sekiranya bakul sampah sering bertukar tempat.

PENULIS boleh dihubungi di email :- e_where2006@yahoo.com