Kursus Asas Perguruan PASTI Siri II 2009

Pusat Latihan PASTI (PLPK), Kg. Kedai Buluh (27 - 28 Feb 2009)

Alhamdulillah, baru-baru ini telah berlangsung dengan jayanya Kursus Asas Perguruan PASTI Siri II di sini. Anjuran bersama Jabatan PASTI negeri, Majlis Guru Pakar dan Majlis Guru PASTI.

Kursus asas ini merupakan sambungan daripada siri I yang di adakan penghujung Januari lepas. Hampir keseluruhan peserta sesi lepas hadir memberikan komitmen. Banyak ilmu-ilmu mahupun teknik tertentu di dedahkan kepada peserta bagi mengurus sebuah pra sekolah PASTI, agar ianya dapat di tadbir dengan sebaiknya :- baik dari aspek pendidikan, waima pentadbirannya.



Walaupun hanya 2 hari, rata-rata peserta yang di temui melahirkan hasrat agar kursus seumpama ini di adakan dengan lebih kerap kerana, di samping mengeratkan hubungan sesama guru, mereka juga akan mendapat bimbingan & pengawasan sepenuhnya dari PASTI negeri.

Wallahua'lam.






SALAM TAKZIAH


Jabatan PASTI Negeri Kelantan, mengambil peluang ini bagi merakamkan ucapan takziah kepada Sdr Nik Mohd Hazman (Nik Man), Bekas Ketua Jurulatih, Pasukan Bolasepak PASTI Kelantan atas kematian ibundanya tercinta pada hari ini.

Kami doakan agar Allah SWT sentiasa memberikan ketenangan dan kesabaran yang tinggi untuk menghadapi hari-hari mendatang tanpa seorang insan yang bernama Ibu. Kuatkan semangat , ketahuilah bahawa Tuhan menguji mengikut tahap dan keupayaan diri kita.

Semoga beliau tabah. Al Fatihah

25 TAHUN PASTI



Alhamdulillah..

PASTI di tanahair tercinta ini sudah berusia 25 tahun. Tentunya banyak sekali suka duka yang telah dilalui oleh para pejuang, pendokong, guru, mahupun warga PASTI sejak dari peringkat awal penubuhannya hinggalah sekarang.

Difahamkan, Sambutan 25 Tahun PASTI akan diadakan sepanjang tahun 2009 dan acara kemuncaknya nanti akan diadakan pada 16-17 Oktober nanti di Kota Bharu.

Memetik ucapan Pengarah PASTI Malaysia, Cikgu Azrin suatu ketika dulu :-

"Warga PASTI kini perlu mengenang susah payah generasi awal yang mengurus dan mentadbir PASTI di masa lalu, terutama guru-guru yang gigih mendidik anak menjadi generasi pejuang yang beriman dan berakhlak mulia tanpa imbuhan yang sewajarnya"

Semoga semua warga PASTI dapat bersama-sama mengembeling tenaga untuk menjayakan Sambutan 25 Tahun PASTI dengan jayanya.