KURSUS ASAS SIRI 1/2008

Pusat Latihan PASTI, Kedai Buluh
13 - 15 March 2008

"Saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada guru PASTI yang bertungkus lumus bekerja siang & malam membantu jentera parti semasa PRU baru-baru ini yang membolehkan kita mempertahankan kerajaan Islam yg dicintai ini di samping menjamin kesinambungan pendidikan pra sekolah Islam khasnya"

YB Wan Ubaidah Wan Omar
Exco Pembangunan Wanita, Keluarga & Kesihatan

_____________________

Jabatan PASTI Negeri Kelantan sekali lagi telah menganjurkan kursus perguruan peringkat asas di Pusat Latihan PASTI, Kg. Kedai Buluh baru-baru ini. Seramai 80 orang guru PASTI dari seluruh negeri Kelantan telah terlibat dengan kursus ini, yang juga merupakan guru-guru yang mula menceburi bidang pra sekolah PASTI.



Kursus selama 03 hari berkenaan telah diisi dengan slot-slot khas antaranya ialah, sesi ta'aruf, tazkirah, motivasi, P&P, bengkel, & qiamullail yang dikendalikan oleh penceramah-penceramah jemputan, Majlis Guru PASTI & guru pakar.

Ianya bertujuan bagi mempertingkat, memantap & memahirkan lagi guru baru tentang teknik serta kaedah Pengajaran & Pembelajaran (P&P), disamping itu juga menambah ilmu ke arah melahirkan GURU PASTI CEMERLANG.

Rata-rata peserta yang ditemui melahirkan rasa gembira dengan adanya kursus seperti ini kerana banyak maklumat yang diperolehi berbanding sebelum ini yang kebanyakan daripada mereka tidak menerima sebarang pendedahan mengenai PASTI.



Majlis penutupnya pula telah disempurnakan oleh YB Wan Ubaidah bt Wan Omar, Exco Pembangunan Wanita, Keluarga & Kesihatan Kerajaan Kelantan.

MUNAJAT PERTAHANKAN KELANTAN

Jumaat, 15 Safar 1429
(22 Feb 2008, 9.00 pagi)

PUTIK, Peng. Chepa.
KOTA BHARU

Seramai 500 orang guru PASTI dari seluruh negeri Kelantan telah berhimpun di Dewan Utama, Pusat Tarbiah Islamiah Kelantan (PUTIK), Pengkalan Chepa untuk menunaikan solat hajat, bermunajat dan bersimpuh mengadu memohon pertolongan Allah SWT bagi mempertahankan kerajaan islam yang tercinta ini.

Solat hajat tersebut telah diimamkan oleh Ketua Pegawai Halaqat Kelantan, Ustaz Mohamad Mustafa. Selain solat hajat, majlis berkenaan turut diisi dengan alunkan zikir dan doa khas munajat yang turut dipimpin oleh beliau.

Program tersebut merupakan anjuran Jabatan PASTI Kelantan dengan kerjasama Majlis Guru PASTI (MGP) negeri.



Sementara itu, beberapa orang guru PASTI yang ditemui melahirkan harapan tinggi agar program seumpama ini dapat diteruskan sepanjang masa kerana disamping bermunajat kehadrat Ilahi, guru-guru juga dapat mengeratkan ukhuwwah sesama sendiri yang telah sedia terjalin selama ini.