KURSUS KEFAHAMAN ISLAM SIRI 1/08



14 Februari 2008, Dewan Zulkifli, Jalan Dato' Pati
KOTA BHARU

Kursus Kefahaman Islam Siri 1/2008 ini telah diadakan dengan jayanya pada 14 - 15 Februari 2008 (Khamis - Jumaat) di Dewan Zulkifli, Jalan Dato' Pati, Kota Bharu. Kursus anjuran Unit Tarbiah, Majlis Guru PASTI negeri (MGP) ini adalah bertujuan untuk meningkatkan kefahaman mengenai konsep ibadat serta penerapan nilai-nilai Islam di dalam pengajaran bagi membentuk suasana pembelajaran yang sejahtera disamping memberi pendedahan mahupun penekanan mengenai peranan dan tanggungjawab sebagai guru PASTI.

Lebih kurang 70 orang guru PASTI dari seluruh negeri Kelantan telah menyertai kursus ini yang terdiri daripada mereka yang baru menceburi bidang pra sekolah PASTI.

Kursus selama 2 hari 1 malam ini diisi dengan ceramah, kuliah, bengkel & qiamullail. Manakala ceramah utamanya pula telah dikendalikan oleh Ust Saibon Ismail, Pegawai Dakwah, Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kelantan (JHEAIK).

Program berakhir keesokan paginya selepas Kuliah Jumaat Tuan Guru MB di perkarangan Medan Ilmu, Jalan Dato' Pati, Kota Bharu.

SEMINAR PENGAJARAN & PEMBELAJARAN



Seminar Pengajaran dan Pembelajaran telah diadakan pada 07 Feb 2008 yang lalu di Pusat Latihan PASTI, Kg. Kedai Buluh, Kota Bharu. Ianya telah di sertai oleh seramai 80 orang guru PASTI dari Zon I & II yang meliputi kawasan Kota Bharu, Peng Chepa, Kbg Kerian, Bachok, P Puteh & Ketereh.

Seminar tersebut bermula seawal jam 9.00 pagi dengan sesi yang dikendalikan sepenuhnya oleh Majlis Guru PASTI & Guru Pakar Negeri. Tujuan seminar berkenaan diadakan adalah untuk memberikan penyelarasan kaedah-kaedah pengajaran serta memahirkan semula agenda pengajaran di sekolah. Disamping itu juga, ianya sebagai galakan kearah memperkembangkan lagi pengetahuan dan kemahiran dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.

Maklumbalas yang diterima daripada semua peserta adalah amat baik sekali. Program berkenaan juga diisi dengan slot Bengkel Agenda Harian sebelum berakhir dengan solat Zohor berjemaah & makan tengahari. Wallahu'alam