- Ajar mereka makan dengan tangan kanan, baca doa, ambil makanan yang paling dekat, jangan mendahului orang lain.
- Jangan gelojoh, kunyah dengan baik dan jangan kotori pakaian.
- Latih mereka supaya tidak bermewah-mewah dalam makanan
- Didik anak-anak membiasakan memakai pakaian berwarna putih, kerana putih itu fitrah
- Pilihlah kawan yg terbaik untuk mereka.
- Tanamkan minat membaca al-Quran dan buku-buku
- Jauhi daripada tv, hiburan & nyanyian yang melalaikan
- Puji apabila mereka melakukan perbuatan yang baik dan akhlak mulia sebagai ransangan.
- Biasakan anak-anak hidup secara sederhana
- Ajari mereka supaya tidak meludah & bersin dengan tidak terkawal
- Cegah daripada banyak berbicara, kecuali yang bermanfaat atau berzikir kepada Allah.
- Elakkan anak-anak daripada banyak bersumpah atau mencarut
- Saat usia tujuh tahun, perintahkannya bersolat dengan sebaiknya.
- Biasakan mereka supaya mentaati orang tua dan guru
Tingkat 1, Bangunan PAS Kelantan, Jln Dato Pati, 15250, Kota Bharu (Tel : 09-7486042)
KAEDAH TERBAIK PENDIDIKAN AWAL
BANTUAN BANJIR..
JKR 10, KOTA BHARU
Jabatan PASTI Negeri Kelantan hari ini telah menyampaikan sumbangan cek kepada PASTI yang terlibat dengan banjir bulan Disember baru-baru ini. Sumbangan berkenaan adalah bagi membaiki premis dan dalam masa yang sama meningkatkan kembali prasarana sekolah yang musnah seperti perabut, bahan bantu mengajar dan sebagainya.
Penyampaian bantuan tersebut diadakan dalam satu majlis ringkas di Bilik Mesyuarat, Kediaman Rasmi Menteri Besar, JKR 10, Kg Sireh. Seramai 30 orang hadirin telah hadir yang terdiri daripada guru-guru, pengerusi dan AJK PASTI cawangan yang terlibat.
Setiausaha PASTI Kelantan, Cikgu Mohd Nuri dalam ucapan aluannya meminta kepada mereka yang terlibat agar bersabar dengan musibah yang melanda dan meneruskan agenda persekolahan sesi 2008 seperti biasa walaupun dengan serba kekurangan. Beliau juga turut berterima kasih diatas keperihatinan warga PASTI Kelantan yang cepat bertindak turun padang menyampaikan bantuan banjir baru-baru ini. Katanya lagi, semua itu sedikit sebanyak telah menaikkan imej PASTI dimata masyarakat dan tidak hanya tertumpu kepada aspek pendidikan sahaja.
Sementara itu Pengarah PASTI Kelantan, YB Mohd Zaki Ibrahim pula dalam amanatnya berkata, sumbangan seumpama ini akan diteruskan lagi selepas ini yang akan disampaikan oleh pihak swasta serta badan-badan berkanun kerajaan negeri. Semasa banjir yang lepas, sebanyak 25 buah PASTI yang terlibat, merangkumi kawasan Gua Musang, Jeli, Tanah Merah, Rantau Panjang & Tumpat. Setiap PASTI cawangan menerima sumbangan awal sebanyak RM 500 yang disampaikan sendiri oleh beliau. >mrh<
PSIKOLOGI KANAK-KANAK
- Guru wajib memberikan perhatian yang khusus bila diperlukan.
- Pamerkan kasih sayang dengan jelas & memuji mereka secara khusus serta ikhlas.
- Berikan hadiah & penghargaan dengan kerap.
- Hormati kawan-kawan mereka & kongsi perasaan bersama mereka
- Kongsi hobi serta lakukan sesuatu yang istimewa untuk dia.
- Bentuk suasana komunikasi yang selesa.
- Kenali serta nyatakan ciri istimewaanya
- Galakkan mereka beri pandangan dan cadangan.
- Terima dan hargai walaupun ada kesilapan dan kelemahan.
- Beri peluang untuk mereka mencuba atau bertindak secara unik.
- Hormati barangan kepunyaan walaupun sebatang pensil
- Bantu mereka meningkatkan kemahiran berkomunikasi & galakkan beri pandangan.
- Dengar cerita murid serta suruh ceritakan pengalaman hidupnya setiap hari.
- Libatkan mereka dalam merangka peraturan sekolah serta dalam menyelesaikan masalah.
- Hormati ketrampilan mereka dan sentiasa ingat bahawa dia sedang belajar.

