MUKTAMAR MGP PUSAT

26-27 JULAI 2008
HOTEL LANGKASUKA, KUAH, LANGKAWI

Seramai 11 orang guru PASTI yang juga merupakan AJK MGPNK bersama 3 orang kakitangan PASTI negeri telah ke Pulau Langkawi baru-baru ini bagi mengikuti Muktamar Tahunan MGP Malaysia yang berlangsung di Hotel Langkasuka. Rombongan bertolak dari Kota Bharu pada hari Khamis 9.30 mlm dengan menaiki bas ekspress ke Kuala Perlis. Manakala kakitangan PASTI pula bertolak lebih awal dgn kenderaan pejabat.

Rombongan tiba di Jeti Kuala Perlis jam 6.30 pagi. Seterusnya bertolak ke Jeti Kuah, Langkawi dan tiba di hotel jam 2 petang, selepas aktiviti shopping di sekitar Jeti dan Pekan Kuah. Program bermula dengan Majlis Taklimat Ringkas kepada semua MGP negeri mengenai buku teks 4, 5 & 6 tahun.

Majlis perasmian bermula pada sebelah malam dengan ucapan aluan oleh Pengarah PASTI Pusat, Sdr Azrin Abd Majid diikuti pula ucapan perasmian oleh Speaker Kerajaan Neg Kedah, YB Dr. Abd Isa Bin Ismail. Muktamar disambung keesokan harinya, dengan melibatkan penyertaan perwakilan & pemerhati dari seluruh negara. Wallahua'lam.








MUKTAMAR AGUNG TAHUNAN MGPNK

SABTU, 12 JULAI 2008
PUTIK, PENG CHEPA

Muktamar Agung Tahunan MGP Kelantan telah berlangsung dengan jayanya baru-baru ini. Seawal 8.30 pagi lagi Dewan Besar PUTIK telah dipenuhi dengan perwakilan & pemerhati yang terdiri daripada guru-guru PASTI dari seluruh negeri Kelantan. Ianya merupakan acara tetap tahunan, walaubagaimanapun pemilihan jawatankuasa hanya dilakukan 2 tahun sekali.

Program berkenaan bermula dengan ucapan aluan oleh Pengerusi MGP Kelantan sesi 2006-2008, Puan Rasyidah bt Abdullah. Dalam ucapan aluannya beliau telah menekankan betapa perlunya komitmen berterusan dari setiap guru bagi membolehkan murid-murid PASTI lebih berdaya saing lebih-lebih lagi di zaman serba mencabar ini. Beliau juga meminta kepada perwakilan agar membuat pemilihan yang terbaik semasa memilih kepimpinan bagi sesi baru .




Sementara itu, Setiausaha PASTI Kelantan, Sdr Mohd Nuri Mat Yaakub dalam ucapannya pula berkata, muktamar kali ini seharusnya menjadi pemangkin terbaik kepada semua guru PASTI bagi memperkemaskan organisasi ke arah melahirkan satu gerak kerja yang mantap disamping menjadi wadah bagi melahirkan barisan kepimpinan mantap dan menyuntik semangat dalam bagi meneruskan perjuangan PASTI.

Muktamar pada kali ini telah dirasmikan oleh YB Hjh Wan Ubaidah Wan Omar, Exco Kerajaan Negeri Kelantan. Berikut ialah kepimpinan baru MGP yang baru dipilih bagi sesi 2008-2010 :-

Majlis Guru PASTI Negeri Kelantan (MGPNK 2008-2010)

PENGERUSI

Puan Rashidah bt. Abdullah

TIMB. PENGERUSI
Puan Che Jawahir bt. Daud

SETIAUSAHA
Puan Wan Normila bt Mahmud

BENDAHARI
Cik Hasni bt Hanafi

PEN. SETIAUSAHA
Cik Rohani bt Awang Lah

AHLI JAWATANKUASA

Puan Narizam Yusoff
Puan Hasnah Abdullah
Puan Safinah Ibrahim
Puan Ramlah bt. Bidin
Cik Wan Hasmizon bt. Hanafi
Puan Wan Syarifah bt Wan Ibrahim
Puan Mariam Jusoh
Puan Zurina bt Mat Zain

HARI GURU PASTI MALAYSIA 2008




Keratan akhbar Wasilah (Wanitakini) 06-12 Julai 2008

HOTEL RIDEL, KOTA BHARU,
Jumaat, 27 Jun 2008

Kelantan sekali lagi telah dipilih sebagai tuan rumah kepada Majlis Sambutan Hari Guru PASTI Malaysia 2008. Program tahunan ini diadakan dengan tujuan memberi penghargaan kepada guru-guru PASTI yang telah bertungkus lumus mendidik anak-anak pra sekolah diseluruh negara.

Guru PASTI dari Johor, Puan Roha bt Suratman telah berjaya dinobatkan sebagai Tokoh Guru PASTI Peringkat Kebangsaan 2008. Beliau telah menyingkirkan 2 lagi calon iaitu, Cik Rohani bt Awang Lah, Kelantan & Puan Salwa bt Abd Razak, Perak.

Majlis berkenaan bermula dengan persembahan dikir barat versi Islam oleh Jen Endoro dan di ikuti pula dengan ucapan aluan oleh Pengarah PASTI Pusat, Sdr. Azrin Abd Majid. Anugerah berkenaan telah disampaikan oleh YB Ust Muhammad Mustafa, Timb. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan. Beliau antara lain mengingatkan para hadirin serta guru PASTI khasnya agar ikhlas dalam mendidik, mengasuh dan mentarbiah anak-anak disamping menjadikan iman sebagai benteng mempertahankan jiwa anak-anak.

Disamping itu juga beliau meminta guru PASTI seluruh negara mempertingkatkan ilmu sebagai persiapan untuk menghadapi persaingan yang sengit dalam pendidikan pra sekolah. Katanya lagi, gejala sosial seperti gejala mat dan minah rempit semakin menjadi-jadi, untuk itu berusahalah untuk menanam keimanan yang kukuh pada jiwa anak-anak. Wallahua'lam.