PESTA SUKAN PASTI MALAYSIA 2008

KOTA BHARU, 24 Jun – Seramai 400 anak-anak PASTI yang berumur 4-6 tahun daripada 13 negeri akan beraksi dalam acara sukan bola sepak dan bola jaring di Padang Perdana, Kota Bharu Sabtu ini. Sukaneka tersebut merupakan kali keempat diadakan. Sebelum ini ianya pernah diadakan di negeri Kedah, Johor & Kelantan.

Setiausaha Jabatan PASTI Kelantan, Mohamad Nuri Mat Yaacob berkata, PASTI negeri ini sekali lagi diberi kepercayaan & tanggungjawab sebagai tuan rumah penganjuran pada tahun ini. “Matlamat penganjurannya bagi merapatkan ukhuwwah selain memberi pendidikan dan pendedahan kepada pelajar bersukan menurut Islam terutama aspek berpakaian menutup aurat,” kata di sini. Majlis perasmian akan disempurnakan oleh Exco Kerajaan Negeri, YB Abdul Fattah Mahmood.

Mohamad Nuri juga berkata sebelum itu juga pada hari Jumaat 27 Jun juga akan berlangsung sambutan Hari Guru PASTI Malaysia 2008 bertempat di Dewan Kaloi, Hotel Ridel, Kota Bharu. Ianya akan dirasmikan oleh YB Ustaz Nik Mohd Amar Abdullah, Exco Kerajaan Negeri. Tema Hari Guru PASTI pada kali ini ialah ‘Guru Pendidik Sepanjang Zaman’.

FESTIVAL SUKAN PASTI KELANTAN '08

Ahad, 8 Jun
Padang Perdana, Kota Bharu,

Lebih 500 kanak-kanak PASTI menyertai Festival Sukan PASTI Kelantan 2008 yang diadakan di Padang Perdana hari ini. Ianya merupakan acara tahunan yang melibatkan penyertaan pelajar PASTI dari seluruh kawasan Parlimen.

Tiga acara sukan dipertandingkan iaitu bola jaring, bola sepak dan tarik tali. Majlis perasmian sukan tersebut telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah, Jabatan Pendidikan Dewan Pemuda PAS Pusat, Sdr. Azrin Abdul Majid.

"Pertandingan sukan seperti ini, yang diadakan di peringkat prapersekolahan adalah bertujuan untuk merapatkan hubungan di antara peserta, selain mendidik anak-anak supaya aktif dalam bidang sukan. Semangat kesukanan perlu dibentuk dalam jiwa mereka supaya apabila dewasa nanti mereka lebih cenderung dalam bidang sukan". Katanya ketika merasmikan festival sukan tersebut.

Hadir sama Pengarah Pasti Kelantan, Mohd Zaki Ibrahim, guru-guru PASTI dan ibu bapa.

Keratan akhbar minnguan wasilah, 15-21 jun 08 dan keputusan penuh perlawanan.