LAWATAN MGP KULIM BANDAR BARU, KEDAH



21 OGOS 2007

Kelantan Darul Naim sekali lagi telah menjadi pilihan buat mereka yang ingin melihat sendiri perlaksanaan dan perkembangan terkini pemerintahan Islam di Malaysia.

Ini terbukti apabila seramai 60 orang guru-guru PASTI Kawasan Kulim Bandar Baru, Kedah yang telah mengadakan program lawatan sambil belajar ke negeri Kelantan. Rombongan berkenaan terdiri daripada AJK PASTI kawasan, guru berserta ahli keluarga masing-masing.

Rombongan berkenaan terlebih dahulu diraikan di Dewan Astaka, JKR 10, Kota Bharu oleh MGP Negeri Kelantan sebelum di berikan taklimat & penerangan mengenai PASTI dan isu-isu semasa oleh Sdr Setiausaha PASTI Kelantan, Cikgu Mohd Nuri.

Seterusnya, ahli rombongan telah berkesempatan mendengar amanat serta bergambar bersama YAB Tuan Guru Menteri Besar Kelantan yang berkebetulan hadir bagi meraikan rombongan masyarakat tionghua dari Ipoh, Perak.

2.00 - 3.00 pm
- Lawatan ke Kilang Perusahaan Batik (Razali Batik Sdn Bhd)

3.00 - 3.30 pm

- Ke Pantai Cahaya Bulan (PCB)
- Shopping di gerai-gerai kraftangan berhampiran

3.30 - 4.30 pm

- Tinjauan ke Pusat Latihan PASTI Kelantan, Kg. Kedai Buluh

4.30 - 5.30 pm
- Solat Asar di Masjid Tok Guru, Pulau Melaka
- Majlis Ramah Mesra bersama YAB. Datin Isteri MB

5.30 - 7.00 pm
- Lawatan ke PASTI Darul Naim, Jelawat, Bachok
- Menginap di CT Tg. Chat Chalet, Pantai Bachok

Rombongan berkenaan bertolak pulang pada pagi keesokan harinya

MAJLIS DIALOG PASTI KAWASAN KBG. KERIAN

"Guru PASTI perlulah peka dan prihatin dengan keadaan sekeliling, merangkumi isu-isu semasa, ekonomi, sosio-budaya dan sebagainya agar tidak ketinggalan dalam masyarakat, lebih-lebih lagi dalam bidang pendidikan."

- Mohd Nuri Mat Yaakob

Ahad, 20 Ogos 2007, Pasir Tumbuh

Seramai 50 orang guru PASTI telah hadir ke Program Dialog & Ramah Mesra PASTI Kawasan Kubang Kerian. Ianya merupakan program rutin setiap bulan yang menghimpunkan semua PASTI merangkumi DUN Salor, Demit & Pasir Tumbuh dalam Parlimen Kbg. Kerian.

Program berkenaan telah diadakan di Masjid Al Aziz, SMU (A) Taqaddum Maarif, Pasir Tumboh. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Cikgu Mohd Nuri, Setiausaha PASTI Kelantan merangkap Ketua Dewan Pemuda PAS Kbg. Kerian. Dalam amanatnya, beliau antara lain telah menyeru kepada guru-guru agar turut sama melibatkan diri dalam masyarakat, peka dan cakno dengan isu-isu semasa serta turut kehadapan dalam isu yang melibatkan kepentingan orang ramai kerana mereka merupakan duta kepada kerajaan negeri.

Sementara dalam majlis dialog pula, guru-guru telah mengemukakan beberapa persoalan dan cadangan kepada AJK PASTI kawasan meliputi aspek kebajikan, pendidikan & pelbagai perkara kearah menjayakan sistem pendidikan pra-sekolah PASTI di Kbg. Kerian mahupun di Malaysia amnya.

LAWATAN SAMBIL BELAJAR KE NEGERI SARAWAK



16 - 19 OGOS 2007


Seramai 45 orang ahli rombongan Jabatan PASTI Negeri Kelantan telah berkunjung ke Negeri Sarawak dalam program lawatan sambil belajar. Peserta rombongan terdiri daripada Ahli Lembaga Pengarah, staff pejabat, MGP dan guru pakar.

Rombongan berkenaan bertolak dari Kota Bharu seawal jam 8.30 pagi dengan penerbangan Air Asia ke Kuala Lumpur. Sementara dari LCCT, Kuala Lumpur ke LTAK, Kuching pula bertolak 3.30 ptg dan hanya mengambil masa hanya 1 jam 40 minit. Setibanya di Kuching, rombongan berkenaan telah di bawa ke tempat penginapan di Harbour View Hotel.

(17/08/2007 ) Jumaat

09.00 - 10.00 pg - Lawatan kerja ke PASTI Insani, Taman Matang Jaya.
10.00 - 12.00 tgh - Muzium Kuching, Dewan Bandaraya Kuching Utara
12.00 - 01.30 ptg - Kilang Perusahaan Kek Lapis Dayang Salhah, Kg. Boyan
03.00 - 06.30 ptg - Ke Kg. Budaya Sarawak, Santubong
09.00 - 12.00 mlm - Program bersama Pemuda PAS Sarawak di Matang Jaya

(18/08/2007) Sabtu

09.00 - 12.00 tgh - Ke Pekan Sarikin
12.00 - 02.00 ptg - Kilang perusahaan pasu
02.00 - 03.30 ptg - Makan tengahari & shopping di Sarawak Plaza
03.30 - 07.00 mlm - Rehat

(19/08/2007) Ahad

09.00 - 10.00 pg - Pasar minggu Satok
10.00 - 12.00 tgh - Program bersama PERAKAN di Dewan DBP Sarawak
12.00 - 03.00 ptg - Check in LTAK untuk bertolak pulang ke KLIA
05.00 - 8.00 mlm - Tiba di KLIA dan berlepas pulang ke KB



SEMINAR PEMIKIRAN ISLAM SEMASA MELALUI PENGHAYATAN SOLAT

HOTEL RAUDHAH, KOTA BHARU
Sabtu, 11 Ogos 2007 (27 Rajab 1428)

Tabung Amanah Tok Kenali dengan kerjasama Pertubuhan Bina Insan Kelantan (PBIK) dan Pejabat Dakwah Halaqat Kelantan baru-baru ini telah menganjurkan Seminar Pemikiran Islam Semasa Melalui Penghayatan Solat yang telah di adakan di Dewan Kenanga, Hotel Raudhah, Kota Bharu.

Seminar sehari berkenaan telah mendapat sambutan yang cukup menggalakkan daripada peserta yang terdiri daripada guru-guru PASTI seluruh negeri Kelantan. Ianya diadakan memandang solat merupakan salah satu daripada rukun Islam yang perlu dihayati oleh setiap orang yang memenuhi syarat-syaratnya disamping untuk menilai semula solat yang diamalkan dan memperbetulkan kesilapan-kesilapan yang sering dilakukan.

Program berkenaan bermula jam 9.00 pagi dengan dirasmikan oleh Ust. Wan Roslan Wan Hamat, Ketua Sektor Latihan Perguruan & Pengurusan Profesional, Jabatan PASTI Kelantan yang juga merupakan Ahli Lembaga Pengarah PASTI Kelantan. Sementara perasmian penutup pula di sempurnakan oleh Ustaz Mohamad b. Mustafa, Ketua Pengelola Dakwah Halaqat Negeri Kelantan.