SAMBUTAN HARI GURU PASTI KEBANGSAAN 2007


HOTEL RAUDHAH, KOTA BHARU,
29 Jun 2007

Guru PASTI dari Kelantan, Hasnah bt. Abdullah, telah berjaya dinobatkan sebagai Tokoh Guru PASTI Peringkat Kebangsaan 2007 pada Majlis Sambutan Hari Guru PASTI Malaysia yang berlangsung di Hotel Raudhah baru-baru ini. Dengan pengumuman itu, beliau telah menewaskan empat lagi calon tokoh guru yang lain disamping membawa pulang sijil dan medal. Selain dari itu, anugerah lain juga diperkenalkan antaranya Anugerah Khas PASTI, Anugerah Rekacipta ICT, Anugerah Paling Lama Berkhidmat dan Tokoh Guru PASTI Negeri.

Majlis berkenaan bermula dengan persembahan dikir barat versi Islam oleh Jen Endoro & Kumpulan MPKB-BRI dan di ikuti dengan ucapan perasmian oleh Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Pendidikan, Sains dan Teknologi Negeri Kelantan, YB Ustaz Mohd Amar Nik Abdullah. Beliau antara lain turut mengingatkan para guru agar ikhlas dalam mendidik, khususnya menjadikan iman sebagai benteng mempertahankan jiwa anak-anak dalam menghadapi situasi yang mencabar hari ini.

Seterusnya, Pengerusi Majlis Guru PASTI Pusat, Cik Wan Hamidani Wan Ahmad dalam ucapannya turut meminta guru Pasti di seluruh negara mempertingkatkan ilmu sebagai persiapan untuk menghadapi persaingan yang sengit dalam pendidikan pra sekolah. Katanya lagi, gejala sosial seperti gejala mat dan minah rempit semakin menjadi-jadi, untuk itu berusahalah untuk menanam keimanan yang kukuh pada jiwa anak-anak.



PESTA SUKAN BOLASEPAK & BOLAJARING PASTI PERINGKAT KEBANGSAAN 2007

PADANG PERDANA, KOTA BHARU, 29 - 30 Jun – Sukan PASTI baik di peringkat kawasan, negeri mahupun kebangsaan yang diadakan saban tahun telah menjadi model kepada institusi pendidikan pra yang lain khususnya dalam membentuk sahsiah anak-anak dengan bersukan.

Hal ini di akui oleh, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Belia dan Sukan Negeri, YB Abdul Fatah Mahmood, sewaktu merasmikan Pesta Sukan Bolasepak & Bolajaring PASTI Peringkat Kebangsaan Kali Ke-3 baru-baru ini.

Program berkenaan bermula jam 3.00 petang dimulai dengan perbarisan kontijen dari setiap negeri di iringi oleh muzik pancaragam dan bacaan ikrar kejohanan yang dibaca oleh wakil pelajar. Acara perasmian dilakukan oleh YB Abd Fatah Mahmood yang turut melahirkan rasa bangga dengan pencapaian & kemajuan PASTI sehingga hari ini. Beliau juga turut memotong belon perasmian sebelum turun ke padang menyapa dan beramah mesra dengan atlit-atlit cilik dari setiap negeri.

Perlawanan yang sengit di antara negeri bagi acara bolasepak & bolajaring amat ketara lebih-lebih lagi di bantu dengan sorakan semangat dari penyokong masing-masing. Kesemua perlawanan bermula serentak berdasarkan format liga dan berak hir jam 6.30 petang.

Keesokan harinya, acara diteruskan lagi dengan menjanjikan aksi yang lebih dari pemain. Perlawanan akhir menyaksikan pasukan bolasepak PASTI Kelantan bertemu dengan Melaka, manakala bagi acara bolajaring, PASTI Melaka juga berte mu dengan Selangor.

Di bantu sokongan padu para penyokong, Kelantan berjaya menjuarai kejohanan pada kali ini dengan menewaskan Melaka 1-0 dan tempat ketiga disandang secara bersama oleh PASTI Kedah & Pulau Pinang. Manakala Selangor pula menewaskan Melaka 3-0 dalam acara bolajaring dan tempat ketiga pula turut di sandang secara bersama oleh Kelantan & Terengganu.

Kejohanan pada kali ini turut menyaksikan Adik Mohd Aizat dari Kelantan telah di nobatkan sebagai pemain terbaik dan Adik Mohd Sulaiman juga dari Kelantan pula sebagai penjaring terbanyak bagi acara bolasepak dengan jumlah 10 gol. Adik Nor Suhaina dari Selangor pula telah diumumkan sebagai pemain terbaik bagi acara bolajaring.

Majlis penutup telah disempurnakan oleh YB Salahudin Ayub, Ahli Parlimen Kbg Kerian.

Laman-laman berikut turut melaporkan : 1, 2




PESTA SUKAN BOLASEPAK & BOLAJARING PASTI PERINGKAT NEGERI KELANTAN

PADANG PERDANA, KOTA BHARU, 16 Jun – Pesta Sukan Bolasepak & Bolajaring PASTI Peringkat Negeri Kelantan telah diadakan dengan jayanya. Sebanyak 14 pasukan yang mewakili kawasan parlimen masing-masing telah bersaing di dalam 3 acara yang dipertandingkan, iaitu Bolasepak, Bolajaring & Tarik Tali. Program bermula seawal jam 8.30 pagi dengan acara perbarisan kontijen dan ucapan perasmian oleh Ahli Parlimen Kbg Kerian, YB Salahuddin Ayub.

Acara bolasepak telah diungguli oleh PASTI Kawasan Tanah Merah yang telah muncul johan dengan mengalahkan Kawasan Kuala Krai dengan jaringan 1-0. Manakala PASTI Kawasan Ketereh pula telah meraih tempat ketiga dengan mengalahkan PASTI Kawasan Bachok melalui tendangan penalti. Adik Mohamad Sulaiman daripada PASTI Kawasan Tanah Merah pula telah dinobatkan sebagai pemain terbaik.

Bagi acara bolajaring, PASTI Kawasan Ketereh telah muncul juara dengan mengalahkan PASTI Kawasan Machang dan tempat ketiga pula di sandang oleh Gua Musang.

Sementara itu, bagi acara tarik tali pula telah dimenangi oleh Tanah Merah dengan mengalahkan Ketereh. Acara ini merupakan acara yang paling digemari oleh penonton berdasarkan bilangan yang mengerumuni padang pertandingan serta sorakan semangat yang telah menggamatkan suasana.

Program berakhir pukul 6.00 petang dengan penyampaian hadiah kepada pemenang yang disempurnakan oleh YB Mohamad Zaki Ibrahim, Pengarah PASTI Negeri Kelantan.






PROGRAM PASTI SEMPENA MUKTAMAR PAS

PUTIK, PENG. CHEPA, 30 Mei - 03 Jun - Sempena dengan berlangsungnya Muktamar Agung PAS ke 53, Jabatan PASTI Negeri Kelantan telah di amanahkan bagi menguruskan acara sukaneka dan persembahan pentas kanak-kanak di padang Tapak Ekspo Muktamar.

Program berkenaan melibatkan anak-anak PASTI yang mewakili zon masing-masing. Antara acara pentas yg dipersembahkan ialah, bercerita, nasyid, pidato & deklamasi sajak. Manakala bagi sukaneka padang pula melibatkan acara rebut kerusi & tarik tali.



SAMBUTAN HARI GURU PASTI PERINGKAT NEGERI KELANTAN

PUTIK, KOTA BHARU, 06 Jun - Majlis Sambutan Hari Guru PASTI Peringkat Negeri Kelantan telah diadakan sebagai pengiktirafan kepada mereka yang mana tanpa mengenal penat lelah, jerit perih & pelbagai kerenah dalam mendidik anak PASTI

Pada tahun ini, program berkenaan lebih bermakna lagi dengan adanya Anugerah Guru Cemerlang Negeri, Guru Cemerlang Kawasan & Anugerah Khas PASTI. Pada sebelah pagi, majlis berkenaan di isikan dengan persembahan guru mewakili kawasan yang mempersembahkan nyanyian dikir barat, nasyid, deklamasi sajak & pidato. Pada petangnya pula, di adakan ceramah motivasi yang disampaikan oleh Ustaz Azhar, Pensyarah daripada KIAS, Nilam Puri.

Bagi anugerah guru cemerlang peringkat negeri, disandang oleh Cik Rohani bt Awang Lah, guru PASTI dari Pengkalan Chepa dan Anugerah Khas pula dimenangi oleh Mohd Sauti Mamat dari Pasir Mas yang juga merupakan guru lelaki tunggal di negeri ini.

Kesemua anugerah berkenaan telah di sampaikan oleh Pengarah PASTI Kelantan, YB Mohd Zaki Ibrahim. Sementara itu, dalam ucapan majlis penutupnya pula, beliau menyeru agar guru-guru PASTI meneruskan perjuangan dgn istiqamah dan juga memberi amaran kepada mana-mana guru PASTI yang menjadi guru KAFA, agar jangan sama sekali menjadi alat kepada UMNO yang berusaha melaksanakan agenda mereka bagi menjatuhkan kerajaan islam Kelantan.



Petikan daripada Akhbar Wasilah, 17 Jun 2007