Kursus Asas Perguruan PASTI 2007

Pusat Latihan PASTI, Kedai Buluh
09 - 13 March 2007

Objektif utama

1. Mempertingkat & memantapkan guru mengenai kemahiran P&P
2.
Menambah & mengemaskan ilmu dsamping meningkatkan kreativiti guru
3. M
enjayakan matlamat ke arah melahirkan GURU CEMERLANG.
4.
Menanam semangat cintakan Jemaah PAS dan anak-anak PASTI.

Kursus 05 hari berkenaan telah melibatkan penyertaan seramai 80 orang guru dari seluruh negeri Kelantan. Pengisian kursus antara lainnya ialah, ta'aruf, tazkirah subuh, kuliah, bengkel & qiamullail yang dikendalikan oleh penceramah jemputan, MGP negeri & guru pakar.

Seminar Pengurus-Pengurus PASTI Peringkat Kebangsaan 2007 & Majlis Anugerah Pelajar Cemerlang 2006

Balai Islam, Lundang (16 - 17 Mac 2007)

Negeri Kelantan telah terpilih sebagai tuan rumah kpd program Seminar Pengurus-Pengurus PASTI Peringkat Kebangsaan 2007 & Majlis Anugerah Pelajar yang telah diadakan di Balai Islam, Lundang, Kota Bharu pada 16 & 17 Mac yg lepas.

Sebanyak 5 kertas kerja telah dibentangkan dgn tujuan utk memantapkan lagi pengurusan PASTI di semua peringkat. Seramai 800 org peserta dari seluruh negara telah hadir ke seminar tersebut yg terdiri dari lembaga pengarah,
pengurus kawasan, cawangan, ajk & guru2 PASTI.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh YB Salahudin Ayub , Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat dan majlis penutup pula oleh timbalannya, Ustaz Idris Ahmad. Tuan Guru MB Kelantan pula hadir bagi melancarkan buku K4T & turut menyampaikan amanatnya, antara lain menegaskan bahawa, konsep pendidikan perlulah berteraskan pertimbangan dosa dan pahala kerana proses pendidikan sebegini tidak terhenti setakat perhitungan duniawi bahkan berkekalan hingga ke hari akhirat dan asas yang ialah tauhid dan taqwa yg menjadi benteng daripada segala ancaman kerosakan nilai kemanusiaan.

Antara pembentang kertas kerja ialah, Sdr. Azrin Abdul Majid, Roseman Abd Rahman, Khairul Faizi, Ustazah Wahibah Tahir & Ustaz Mujahid Yusuf Rawa. Ketua Pengarah PASTI Pusat, Sdr Azrin antara lain telah membentangkan mengenai kertas dasar halatuju PASTI menjelang 2011 dan turut mengemukakan sistem pendidikan P3-K6 bagi menjana kecemerlangan ilmu dan pembinaan generasi Islam yang lebih berwibawa.

Sementara itu, Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang 2006 turut diadakan pada hari kedua seminar yg telah melibatkan seramai 27 org pelajar dari setiap negeri.

Berikut antara gambar-gambar sekitar seminar tersebut :)





Sumbangan Kepada PASTI At Taqwa, Repek, Rantau Panjang

Khamis, 01 March 2007

PASTI At Taqwa, Repek, Rantau Panjang yang terpaksa diroboh dan di arahkan berpindah ekoran terlibat dengan projek pembesaran Jalan Repek-Pasir Mas telah menarik perhatian Pengarah PASTI Kelantan, YB Mohamad Zaki Ibrahim. Di atas keprihatinan beliau, sejumlah peruntukan khas telah dilulus dan disumbangkan kepada AJK PASTI berkenaan dalam satu majlis ringkas di masjid berhampiran.

Bagi menjamin kelangsungan pendidikan, PASTI berkenaan telah berpindah ke premis yang lebih selesa milik pengerusi PASTI yg berupa sebuah lot rumah kedai yang telah diubahsuai.



Sumbangan Pembangunan PASTI Cawangan 2007


Jumaat, 02 March 2007

Pada hari yg sama juga, Majlis Penyampaian Sumbangan Pembangunan kepada PASTI Cawangan turut berlangsung yang mana melibatkan 80 buah PASTI cawangan dari seluruh negeri Kelantan diberi sumbangan bagi urusan pembangunan premis PASTI, pembelian alat bantu mengajar, perabut & lain2.

Sumbangan Elaun Guru PASTI Bulan Jan & Feb 2007

Jumaat, 02 March 2007

Majlis penyampaian elaun kepada guru PASTI telah di adakan di JKR 10, Kota Bharu, sebagai menghargai sumbangan & pengorbanan yg dicurahkan kearah memartabatkan pendidikan pra sekolah di negeri Kelantan. Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Pengarah, Jabatan PASTI Negeri Kelantan, YB Mohamad Zaki Ibrahim dan turut dihadiri oleh ahli lembaga pengarah PASTI Negeri.


Majlis Penyampaian Peralatan Sukan PASTI DUN Kok Lanas

Kok Lanas, 03 March 2007
YBhg. Dato' Ahmad Rosli Ibrahim, Penyelia DUN Kok Lanas, Ketereh telah hadir menyampaikan sumbangan peralatan sukan kpd 8 buah PASTI dalam DUN Kok Lanas, sebagai persiapan awal untuk temasya sukan bolasepak & bolajaring PASTI peringkat kebangsaan yang bakal diadakan pada bulan Jun 2007 di Kota Bharu. Majlis tersebut turut dihadiri oleh Penyelia Parlimen Ketereh, Hj. Aziz dan Ketua Penyelaras Pemuda DUN Kok Lanas, Dr. Zakuan Zaini. Sementara itu pula, Jabatan PASTI Negeri Kelantan di wakili oleh Sdr. Mokhtar Ismail yang turut hadir & memberi ucapan dlm majlis tersebut.